Iklan

RM10 juta untuk baiki cerun bukit di Pulau Pinang

Looi Sue-Chern6 years ago9th Nov 2018Berita
Chow kon yeow-david
Agenda utama kerajaan negeri ialah mencegah insiden yang sama daripada berulang pada masa akan datang, kata Ketua Menteri Chow Pulau Pinang Kon Yeow (tiga dari kiri). – Gambar The Malaysian Insight oleh David S T Loh, 9 November, 2018.
Iklan

SELEPAS berlaku kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus bulan lepas, kerajaan Pulau Pinang mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk membaiki cerun-cerun bukit di bawah belanjawan negeri 2019.

Kerajaan negeri mengambil serius kejadian tersebut, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

“Agenda utama kerajaan negeri ialah mencegah insiden yang sama daripada berulang pada masa akan datang.

“Kerajaan negeri akan memperuntukkan RM10 juta tahun depan bagi kerja-kerja membaiki cerun bukit,” katanya ketika membentangkan belanjawan negeri hari ini.

Kejadian tanah runtuh di tapak projek pembinaan jalan raya di Paya Terubong pada 19 Oktober itu meragut sembilan nyawa pekerja asing dan merupakan kejadian yang kedua di Pulau Pinang dalam tempoh setahun.

Pada hujung Oktober tahun lepas, tanah runtuh berlaku di tapak pembinaan pangsapuri di Tanjung Bungah dan membunuh 11 pekerja.

Bagaimanapun, selepas kejadin tersebut, kerajaan negeri bertergas untuk meneruskan projek-projek pembinaan termasuk jalan raya di kawasan berbukit.

Sebelum itu, dalam pembentangan belanjawan hari ini, Chow mewakili kerajaan negeri menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi di Bukit Kukus.

Sementara itu, ketua menteri itu juga berkata kerajaan negeri bercadang untuk menanam 10,000 batang pokok di seluruh Pulau Pinang dalam tempoh lima tahun. – 9 November, 2018.

Berita penuh di sini.      

Iklan
Iklan