Iklan

Anwar terima anugerah dari Forum Ekonomi China Sedunia 

Kamles Kumar6 years ago9th Nov 2018Berita
Anwar ibrahim 02
Anugerah "Patron’s Special Distinguished Benevolent" disampaikan oleh penaung forum itu, Lim Kim Yew yang berkata Anwar telah berkhidmat dengan cemerlang kepada Malaysia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 9 November, 2018.
Iklan

ANWAR Ibrahim menerima anugerah “Patron’s Special Distinguished Benevolent” dari Forum Ekonomi China Sedunia (WCEF) malam ini.

Anugerah disampaikan oleh penaung forum itu, Lim Kim Yew yang berkata Anwar telah berkhidmat dengan cemerlang kepada Malaysia.

Pengerusi WCF Michael Yeoh berkata ahli Parlimen Port Dickson itu sama seperti Nelson Mandela dari segi pengorbanannya kepada negara.

“Malam ini, kita ingati dan menghormati Anwar atas sifat merendah diri dan keadilan beliau.

“Ramai yang mengangkat beliau sebagai Nelson Mandela Malaysia, dan oleh kerana saya mengenali kedua-duanya, saya percaya perbandingan itu sesuai,” katanya ketika berucap sebelum penyampaian anugerah tersebut kepada Anwar. 

Presiden PKR itu berkata walaupun gembira menerima anugerah itu, namun merasakan beliau tidak layak kerana tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

“Saya tidak layak menerima anugerah ini kerana saya berehat dalam penjara ketika itu. Anugerah yang paling sesuai ialah orang yang paling banyak berehat, kerana saya mendapat cukup rehat dan tidur, tak macam sekarang,” katanya, disambut gelak ketawa hadirin.

Bekas timbalan perdana menteri itu juga berkata anugerah tersebut selayaknya diberi kepada veteran DAP Lim Kit Siang.

WCEF menganugerahkan Lim Anugerah pencapaian Sepanjang Hayat atas sumbangan tanpa hentinya terhadap politik Malaysia. – 9 November, 2018.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan