Iklan

Kerajaan timbang projek perintis bagi sistem subsidi petrol

Looi Sue-Chern6 years ago10th Nov 2018Berita
Saifuddin nasution ismail -tmi
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail berkata idea tersebut tercetus ketika beliau bertemu Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Khamis. – Gambar The Malaysian Insight, 10 November, 2018.
Iklan

KERAJAAN sedang menimbang satu projek perintis bagi sistem subsidi petrol bersasar menjelang pelaksanaannya pada suku kedua tahun depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail berkata idea tersebut tercetus ketika beliau bertemu Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Khamis.

“Kami tak muktamadkan apa-apa, tapi kami memikirkan idea projek perintis ini untuk memastikan kami dapat mengatasi masalah teknikal yang mungkin berlaku ketika melaksanakan sistem tersebut.

“Kami harap dapat mulakan sebelum suku pertama. Mungkin kita akan mengikut zon, atau mengikut syarikat minyak,” beliau memberitahu pemberita di Pulau Pinang hari ini.

Di bawah Belanjawan 2019, kerajaan bercadang untuk memberu subsidi petrol kepada rakyat yang menggunakan kereta dengan enjin berkapasiti 1,500 cc ke bawah dan motosikal 125 cc ke bawah.

Di bawah sisytem baharu itu, subsidi 30 sen seliter bagi RON95 juga terhad kepada 100 liter sebulan untuk kereta dan 40 liter untuk motosikal.

Idea itu kata Saifuddin, adalah untuk memberi manfaat subsidi kerajaan kepada kumpulan B40 kerana pemilik kereta mahal mampu membayar lebih untuk petrol. – 10 November, 2018.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan