Iklan

Pulau Pinang ingin haramkam import e-sisa, plastik terpakai

Looi Sue-Chern6 years ago12th Nov 2018Berita
Imported plastic warehouse tmikamal 07
Kilang akan memproses sisa plastik terpakai untuk dieksport melalui peleburan terbuka yang memberi kesan kepada alam sekitar. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 November, 2018.
Iklan

PULAU Pinang ingin mengharamkan import e-sisa dan plastik sudah digunakan untuk mengawal industri pemprosesan sisa, dan untuk melindungi alam sekitar serta kesihatan rakyat.

Exco alam sekitar negeri Phee Boon Poh berkata Pulau Pinang terpaksa menolak buangan perbandaran dari luar kerana terdapat lebih 200 kilang memproses plastik kitar semula secara haram di negeri ini.

Kilang-kilang akan memproses sisa plastik terpakai untuk dieksport melalui peleburan terbuka.

“Kita tidak boleh membiarkan ia masuk. Bayangkan kotoran bahan buangan yang masuk dan perlu dibasuh terlebih dahulu. Air kotor masuk ke dalam sistem, menjejaskan biodiversiti dan makanan laut yang kita makan.

“Kita tidak perlu mengimport e-sisa lagi tetapi kita tidak mahu keadaan seperti di Selangor dan Johor di mana terdapat bahan buangan sedemikian.

“Sisa plastik pra-pengguna - seperti alat plastik yang ditolak kerana kecacatan, yang belum digunakan - tidak mengapa,” katanya kepada pemberita di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Phee sebelum ini menerima soalan secara lisan mengenai kilang-kilang haram yang ada ketika sesi soal di Dewan pagi ini.

Untuk melarang kemasukan sisa buangan plastik dan pasca pengguna ke Pulau Pinang, beliau berkata kerajaan memerlukan persetujuan kerajaan persekutuankerana AP (permit yang diluluskan) dan Jabatan Kastam berada di bawah bidang kuasa persekutuan.

Terdapat 27 kilang dengan AP untuk mengimport sisa plastik ke Pulau Pinang, kata Phee.

Beliau juga mencadangkan kerajaan mengenakan lebih banyak kawalan ke atas perniagaan pemprosesan sisa plastik dengan mewujudkan zon khas untuk kegiatan tersebut. – 12 November, 2018.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan