Iklan

Penagih dadah tidak sepatutnya digantung, kata TPM

Kamles Kumar6 years ago14th Nov 2018Berita
Wan azizah wan ismail 20181108 tmihasnoor 003
Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata penagih dadah sepatutnya dihantar untuk pemulihan bukannya dihukum gantung sampai mati. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 November, 2018.
Iklan

PENAGIH dadah sepatutnya dipulihkan, bukan dipenjarakan atau dihukum gantung sampai mati, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata hukuman mati mandatori yang dikenakan itu tidak mengurangkan jenayah berkaitan dadah.

“Saya ada berbincang dengan menteri undang-undang tentang cara pencegahan bagaimana yang paling berkesan. Penagih dadah perlu pemulihan, bukannya dipenjarakan atau digantung.

“Kita sudah lama berdepan masalah ini dan ia sentiasa meningkat,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Dr Wan Azizah berkata hasil perbincangannya dengan menteri undang-undang, kerajaan menyimpulkan bahawa hukuman mati mandatori tidak mencegah dadah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong semalam berkata Kabinet memutuskan bahawa hukuman mati untuk 33 kesalahan di bawah lapan akta akan dimansuhkan, termasuk membunuh. – 14 November, 2018.

Iklan
Iklan