Terlalu awal untuk rombakan kabinet, kata Najib
Iklan
TERLALU awal untuk rombakan kabinet dalam kerajaan baharu Pakatan Harapan, yang hanya memeang kuasa selama enam bulan, kata bekas perdana menteri Najib Razak.
Beliau menyatakan, sebarang rombakan kabinet hanya akan menimbulkan persoalan tentang kredibiliti kerajaan kerana kebiasaanya perubahan pentadbiran akan dibuat selepas setahun atau lebih.
“Biasanya rombakan kabinet dibuat lama lagi. Biasanya selepas satu tahun setengah, ketika itu baru rombakan kabinet dibuat.
“Tetapi jika berlaku awal, ia membatalkan konvensyen di negara ini,” kata Najib kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan tidak gembira dengan prestasi menteri Kabinet dan perubahan mungkin akan dibuat seawal suku pertama tahun depan.
Najib juga berkata desas-desus itu boleh disifatkan sebagai menteri Pakatan Harapan tidak mencapai prestasi standard Dr Mahathir.
“Ini boleh ditafsirkan sebagai menteri yang dilantik tidak mampu atau tidak melakukan tugas mereka,” katanya.
Ketika Najib adalah PM, beliau membentuk kabinet selepas Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei 2013. Ahli Parlimen Pekan itu menyusun semula kabinetnya setahun kemudian pada Jun 2014. – 14 November, 2018