Najib dalam penafian mengenai 1MDB, kata menteri kewangan
Iklan
NAJIB Razak hidup dalam penafian dengan terus menyatakan tidak bersalah terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata Najib terus bertegas walaupun selepas beberapa pihak mengakui kesalahan mereka.
“Bolehkah anda percaya kenyataan muktamadnya yang saya dapati adalah penafian, bahawa 1MDB memberikan Malaysia keuntungan dan mendapatkan wang?
“Siapa yang akan percaya sekarang, malah ahli Parlimen Umno sendiri tidak percaya. Utusan Malaysia tidak percayakannya dan meminta beliau memohon maaf,” kata Lim.
Najib turut meminta kementerian kewangan mendedahkan dokumen berkaitan perjanjian penyelesaian antara International Petroleum Investment Company (IPIC) Abu Dhabi dan 1MDB.
Lim mengulangi kenyataan yang dokumen itu tidak boleh didedahkan kerana ia akan menjadi sub judis di mahkamah tempatan dan antarabangsa kerana perkara itu dibicarakan di beberapa bidang kuasa.
“Dia mahu kita mendedahkan dokumen-dokumen yang tentunya akan menjejaskan perbicaraan mahkamah yang sedang berjalan serta dakwaan mahkamah terhadap dirinya dan juga orang lain.
Bukan hanya di negara tetapi juga di peringkat antarabangsa. Seperti yang saya katakan mengenai isu ini sebelum ini, kami tidak mempunyai masalah dengan mendedahkan dokumen tetapi kami juga harus mematuhi nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara,” katanya. – 14 November, 2018