Iklan

Tiada arahan haramkan jualan rokok di premis makanan, kata exco 

Looi Sue-Chern6 years ago15th Nov 2018Berita
Amk congress tmi nazirsufari 497
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar negeri Dr Afif Bahardin berkata tiada peraturan mengenai penjualan rokok setakat ini.– Gambar fail The Malaysian Insight, 15 November, 2018
Iklan

WALAUPUN merokok diharamkan di restoran, namun penjualannya di premis makanan tidak diharamkan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang Dr Afif Bahardin hari ini. 

Menurutnya, masih belum ada arahan berhubung penjualan rokok di restoran.

Adun Seberang Jaya itu juga berkata, tiada peraturan dari Kementerian Kesihatan yang pemilik restoran perlu sediakan ruang merokok untuk pelanggan di premis mereka. 

“Kawasan merokok dibenarkan adalah di luar restoran. 

“Tujuannya adalah untuk mengubah semua kawasan kepada kawasan larangan merokok, kecuali di beberapa tempat,” kata Dr Afif. 

Putrajaya melaksanakan pengharaman merokok di restoran seluruh negara bermula 1 Januari tahun hadapan. 

H’ng Mooi Lye (PH-Jawi) bertanya sama ada emilik restoran dibenarkan untuk menjual rokok di premis mereka berikutan larangan itu, dan sama ada pihak berkuasa tempatan akan mewajibkan semua premis makanan mewujudkan kawasan merokok dalam premis mereka untuk pelanggan. 

“Saya rasa ia seperti sindiran apabila kita benarkan mereka menjual rokok di premis mereka sedangkan merokok dilarang di restoran,” kata H’ng. 

Semalam, Menteri Kesihatan Dr Dzulkifly Ahmad berkata kerajaan akan kekal dengan rancangan itu, tanpa kompromi, walaupun terdapat bantahan daripada pemilik restoran. 

Di Pulau Pinang, kerajaan negeri sudah menjalankan inisiatif larangan merokok sejak beberapa tahun lalu, yang menyasarkan untuk menjadikan negeri itu bebas rokok dalam tempoh lima tahun. 

Merokok di Zon Warisan Dunia Unesco duharamkan sejak Januari 2016. Merokok di kawasan warisan itu hanya dibenarkan di kediaman peribadi dan kawasan yang dikhaskan dengan papan tanda. 

Mengenai sama ada pihak berkuasa mempunyai kapasiti, seperti tenaga kerja, untuk menguatkuasakan arahan larangan merokok, Dr Afif mengakui ia merupakan satu kelemahan. 

Dr Affif berkata, ia sudah dicadangkan kepada Kementerian Kesihatan untuk memperkasakan majlis tempatan bagi menjalankan penguatkuasaan. 

“Terdapat beberapa isu melibatkan penguatkuasaan, termasuk saman kepada mereka yang didapati merokok. Adakah bayaran saman itu akan disalurkan kepada majlis tempatan, atau kementerian?

“Semua itu masih dibincangkan,” katanya. – 15 November, 2018

Iklan
Iklan