Iklan

Ahli perniagaan mengaku tak bersalah sogok Ku Nan RM1 juta

Kamles Kumar6 years ago15th Nov 2018Berita
Tan Eng Boon_TMi
Ahli perniagaan Tan Eng Boon didakwa atas pertuduhan memberi rasuah sebanyak RM1 juta kepada Bekas menteri wilayah persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 November, 2018.
Iklan

SEORANG ahli perniagaan Tan Eng Boon mengaku tidak bersalah atas tuduhan merasuah bekas menteri wilayah persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tan dituduh memberi sogokan berjumlah RM1 juta kepada bekas menteri itu bagi satu urusniaga jualan tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Tan yang diwakili sepasukan peguam diketuai Faisal Moideen mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan ke atasnya oleh bekas hakim mahkamah persekutuan Gopal Sri Ram.

Pertuduhan dijalankan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. 

Tan, 70, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azura Alwi selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa.

Azura menetapkan ikat jamin sebanyak RM700,000 dan mengarahkan Tan untuk melapor diri kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdekat pada setiap bulan.

Pasport Eng tidak ditahan oleh mahkamah tetapi dia diarahkan untuk memaklumkan mahkamah jika merancang ke luar negara.

Mahkamah menetapkan 12 Disember bagi pendengaran kes.

Tan didakwa memberi sogokan kepada Tengku Adnan, 68, iaitu wang berjumlah RM1 juta melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn. Bhd. yang telah didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik tertuduh. – 15 November, 2018.

Iklan
Iklan