NGO lancar petisyen bantah pembinaan hotel di Bukit Bendera
Iklan
PENANG Hills Watch (PHW) memulakan petisyen dalam talian di laman web Change.org untuk menghentikan projek pembinaan dua hotel di Bukit Bendera.
Sejak dilancarkan pagi ini, petisyen itu mengumpulkan lebih 500 tandatangan setakat pukul 5 petang.
Petisyen itu yang ditujukan kepada Ketua Menteri Chow Kon Yeow, membantah usul pembinaan dua hotel berhampiran Convalescent Bungalow (kira-kira 200 bilik) dan (Coolie Lines (kira-kira 100 bilik) di Bukit Bendera.
Chow mengumumkan projek itu pada 8 November lalu.
“Kita meminta Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengkaji dan membatalkan projek pembangunan mega ini di bukit itu,” jelas PHW.
PHW iaitu inisiatif yang digerakkan pertubuhan Penang Forum, mendakwa projek itu akan menggangu persekitaran Bukit Bendera yang popular sebagai pusat rekreasi dalam kalangan penduduk tempatan.
Petisyen itu turut membangkitkan kebimbangan bahawa kemampuan bukit itu untuk menampung pembinaan dua hotel tersebut.
“Projek itu akan menguji ketahanan Bukit Bendera. Kedua-dua hotel yang mempunyai 300 bilik, akan menampung 500 hingga 600 orang di bukit tersebut jika hotel berkenaan dipenuhi.”
Berita penuh di sini.