Iklan

Pulau Pinang cadang diskaun tol jambatan ke-2 untuk penduduk tempatan

Looi Sue-Chern6 years ago16th Nov 2018Berita
Penang second bridge 170317 tmihasnoor 04
Pada masa ini, kereta dikenakan bayaran RM8.50 untuk menggunakan jambatan kedua dari Batu Kawan ke Pulau Pinang, manakala yang menggunakan jambatan pertama di Prai membayar RM7. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 November, 2018.
Iklan

PENYOKONG kerajaan Pulau Pinang hari ini mencadangkan penduduk tempatan yang menggunakan jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, atau Jambatan Kedua Pulau Pinang, diberi diskaun tol sama seperti yang dicadangkan untuk jambatan pertama.

Goh Choon Aik (PH-Bukit Tambun) mencadangkan diskaun itu ditetapkan pada kadar 20%.

Pada masa ini, kereta dikenakan bayaran RM8.50 untuk menggunakan jambatan kedua dari Batu Kawan ke Pulau Pinang, manakala yang menggunakan jambatan pertama di Prai membayar RM7.

Bagaimanapun, penduduk Pulau Pinang atau mereka yang bekerja di Pulau Pinang menikmati diskaun 20% semasa menggunakan jambatan pertama, hanya membayar RM5.60 menggunakan kad Touch n Go.

Mereka yang ingin memohon kad diskaun perlu mengemukakan bukti dokumen bahawa mereka berasal dari Pulau Pinang atau bekerja di negeri ini.

Exco kerja raya Zairil Khir Johari berkata cadangan Goh itu bagus tetapi keputusan itu hanya dibuat oleh kerajaan persekutuan dan konsesi jambatan itu.

“Kita hanya boleh mencadangkan. Kami tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan,” katanya semasa menjadi soalan di Dewan Undangan Negeri pagi ini.

Zairil berasa ragu permintaan diskaun akan dipersetuju kerana jambatan kedua yang lebih panjang dan kurang digunakan lebih mahal untuk selenggara berbanding jambatan pertama.

Kos operasi tahun lepas untuk jambatan kedua ialah RM121.15 juta, dengan kos operasi bulanan purata sebanyak RM10.1 juta.

Tahun ini, kos operasi dari Januari hingga Oktober ialah RM107.06 juta.

Tetapi syarikat konsesi hanya mengutip RM38 juta bagi bayaran tol tahun lepas. Sejak dibuka pada April 2014 hingga 30 September tahun ini, kutipan tol di jambatan kedua hanya berjumlah RM142.5 juta.

Jambatan kedua sepanjang 24km yang menghubungkan Batu Maung di selatan Pulau Pinang dan Batu Kawan di pusat Seberang Prai, mempunyai jumlah trafik sebanyak 3.43 juta pada 2014 dan 4.73 juta pada 2015.

Angka itu lebih sedikit berbanding jambatan pertama sejauh 13.5km yang menghubungkan Prai di tanah besar dan Gelugor di pulau itu -  29.57 juta pada 2013, 28.83 juta pada 2014, dan 29.93 juta pada 2015. – 16 November, 2018.

Iklan
Iklan