Iklan

Melayu jangan risau isu ratifikasi ICERD, kata Azmin

Kamles Kumar6 years ago18th Nov 2018Berita
azmin ali 20181118 tmiafif 39
Ada kelompok kecil cuba pengaruhi majoriti dengan membawa bawa isu bukan keutamaan kita, kononnya mahu kita ratifikasi satu konvensyen antarabangsa untuk memastikan penghapusan diskriminasi pada kaum, kata Azmin Ali. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 18 November, 2018.
Iklan

PUTRAJAYA meminta masyarakat Melayu dan Bumiputera tidak bimbang mengenai ratifikasi Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali berkata, kerajan tidak terburu-buru untuk meratifikasi konvensyen itu kerana beberapa perkara di dalamnya sudahpun dilaksanakan.

Malah konvensyen ICERD itu juga bukan satu keutamaan dan hanya dibawa oleh kelompok kecil tertentu, kata timbalan presiden PKR itu tanpa menamakan pihak terbabit.

“Ada kelompok kecil cuba pengaruhi majoriti dengan membawa bawa isu bukan keutamaan kita, kononnya mahu kita ratifikasi satu konvensyen antarabangsa untuk memastikan penghapusan diskriminasi pada kaum.

“Saya nak beritahu pada mereka, kita dalam Keadilan (PKR) lebih awal mengambil tindakan supaya semua kaum kesaksamaan dan keadilan dalam pengagihan ekonomi di dalam negara ini.

“Dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh (Presiden parti) Anwar Ibrahim bukan lagi berasaskan kaum tetapi berasaskan keperluan iaitu keperluan semua rakyat tanpa mengira kaum agama dan budaya,” katanya.

Oleh itu golongan Melayu dan Bumiputera tidak perlu bimbang dengan dakwaan bahawa kerajaan akan meratifikasi konvensyen berkenaan,

“Orang Melayu, Bumiputera jangan bimbang kita tidak tergesa-gesa untuk ratify ICERD kerana kita telah laksanakan beberapa prinsip utama dalam perkara tersebut,” katanya.

Timbalan presiden PKR itu berucap di Kongres Nasional PKR Ke-13 hari ini. – 18 November, 2018.

MENYUSUL

Iklan
Iklan