Iklan

Anwar tegur Baru Bian tidak muncul di kongres PKR

Kamles Kumar6 years ago18th Nov 2018Berita
Parliament baru bian 181018 tmiseth 07
Menteri Kerja Raya Baru Bian hari ini ditegur Presiden PKR Anwar Ibrahim kerana tidak menghadiri kongres – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 November, 2018.
Iklan

PENGERUSI PKR Sarawak Baru Bian ditegur presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim kerana tidak menghadiri kongres parti.

Selain Bian, yang merupakan menteri kerja raya, dua pemimpin parti lain - Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar juga tidak hadir dalam kongres tersebut.

Anwar bagaimanapun berkata kedua-dua Xavier dan Saifuddin memberi sebab tidak hadir kerana mempunyai tugas rasmi di luar negara, namun Baru Bian tidak memberikan sebab.

“Saya tidak tahu apa sebabnya Baru Bian tidak hadir dan dia tidak memberi sebarang sebab. Itulah sebabnya saya menegurnya dalam ucapannya,” katanya semasa sidang akhbar selepas kongres PKR di Shah Alam hari ini.

Terdahulu Anwar dalam ucapannya berkata ada menteri yang tidak menghadiri kongres itu.

Beliau juga berkata Baru Bian perlu lebih berdisiplin untuk memaklumkan parti itu dan memberi perhatian kepada PKR.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata bahawa Saifuddin telah mengikuti Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ke Papua New Guinea dan Xavier terpaksa menghadiri persidangan antarabangsa.

Dalam barisan parti baru hari ini, Xavier dipilih sebagai salah seorang naib presiden dan Saifuddin memperoleh jawatan ahli majlis perwakilan pusat. – 18 November, 2018.

Iklan
Iklan