Iklan

Ahli Parlimen pembangkang perlu kebenaran KPM sebelum masuk sekolah, kata Maszlee

Kamles Kumar6 years ago19th Nov 2018Berita
Maszlee malik tmi o1
Kementerian Pendidikan membenarkan pembangkang masuk ke sekolah, namun perlu melalui penyaringan bagi mendapat kelulusan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 November, 2018.
Iklan

AHLI Parlimen pembangkang yang ingin memasuki sekolah untuk acara akan diminta memohon kebenaran daripada Kementerian Pendidikan.

Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata penggubal undang-undang akan melalui penyaringan terhadap perkara dan alasan topik sebelum dibenarkan memasuki kawasan sekolah.

“Apabila pembangkang (mahu melawat), kami perlu mereka buat permohonan terlebih dahulu, kami mengenakan syarat dan prasyarat sebelum mereka masuk. Kami tidak mahu orang ramai sebarkan pembohongan dan kebencian di sekolah,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Bersatu itu berkata penggubal undang-undang Pakatan Harapan dikecualikan daripada keperluan ini kerana mereka akan menghadiri program sekolah untuk “menjelaskan dasar kerajaan”

Maszlee juga berkata kerajaan baru bersikap adil dan profesional dengan memberi pembangkang kesempatan untuk memohon kebenaran, tidak seperti semasa pemerintahan Barisan Nasional yang menghalang pembangkang daripada pergi ke sekolah untuk menghadiri program.

“Dihalang adalah berbeza daripada meminta kebenaran. Sebelum ini, kami tidak dibenarkan meminta izin. Kami disenaraihitam.

“Sekarang mereka boleh minta izin tetapi kita mesti jelaskan kepada mereka syarat dan prasyarat. Kami profesional,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Jerai PAS Sabri Azit mendakwa beliau dilarang memasuki sekolah kerajaan di kawasannya.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, terdapat beberapa menteri yang menggunakan sekolah sebagai platform untuk berkempen dan menguatkan sokongan untuk Barisan Nasional. – 19 November, 2018.

Iklan
Iklan