Kertas putih Felda akan dedah urus niaga meragukan, kata Azmin
Iklan
Kertas putih mengenai pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang akan dibentangkan nanti akan memperincikan urus niaga tanah yang meragukan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.
Menurut Azmin, laporan yang akan dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini akan menjelaskan masalah-masalah berkenaan Felda termasuk pembelian tanah dan kerugian yang dialami lembaga itu.
“Sudah tentu, hartanah dan aset dijual pada harga premium. Bukan pada harga pasaran. Ia jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.
“Kalau pun kita mahu menjualnya, kita tak dapat nilai penuh aset-aset itu. Ini yang kami bimbangkan sekarang,” Azmin memberitahu pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau juga berkata kelewana dalam membentang laporan itu adalah kerana perlu memanggil juraudit luar untuk membuat penilaian yang sewajarnya.
“Juruaudit luar dipanggil supaya kita mendapat gambaran yang lebih tepat mengenai kedudukan kewangan dan salah urus dalam Felda sebelum ini,” tambahnya.
Jelas beliau, kerta putih tersebut akan memberi gambaran komprehensif mengenai masalah dalam Felda dan bagaimana masalah itu menjejaskan peneroka.
“Peneroka Felda akan dapat memahami kedudukan sebenar kewangan dan langkah yang akan kerajaan ambil untuk menjamin masa depan mereka,” kata Azmin.
Kertas putih itu juga akan mengandungi saranan yang perlu Felda patuhi supaya ia berdaya maju di masa depan, katanya.
Bekas menteri besar Negeri Sembilan Isa Samad terlibat dalam skandal Felda tahun lepas. Beliau kini dimasukkan ke hospital.
Berikutan masalah tadbir urus dalam Felda, agensi kerajaan itu kini menanggung hutang melebihi RM8 bilion. – 21 November, 2018.