Iklan

Najib nafi cuba tarik ahli Parlimen Pakatan selepas PRU14   

Kamles Kumar6 years ago21st Nov 2018Berita
Macc najib razak 20180524 hasnoor 011
Bekas perdana menteri Najib Razak menolak dakwaan pihaknya cuba membeli ahli Parlimen PH selepas PRU14 sebagai usaha untuk menubuhkan kerajaan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 21 November, 2018
Iklan

BARISAN Nasional tidak pernah mendekati mana-mana ahli Parlimen Melayu Islam dari Pakatan Harapan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 untuk menubuhkan kerajaan,” kata bekas perdana menteri Najib Razak.

Beliau yang juga bekas presiden Umno berkata beliau tidak tahu tentang sebarang usaha daripada pihaknya untuk membeli ahli Parlimen PH dan mereka menerima kekalahan selepas pilihan raya 9 Mei itu.

“Tiada arahan daripada Umno untuk memancing ahli Parlimen PH. Saya tidak tahu jika daripada parti lain, tetapi dari saya, tidak,” kata Najib kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut mengecam dakwaan itu dan berkata BN menerima kekalahan dan tidak cuba menggunakan cara pintu belakang.

“Saya ada bersama BN, ia sangat jelas. Tiada sebarang usaha atau rancangan untuk membeli. Langsung tiada, kami terima keputusan pada malam itu,” katanya kepada pemberita.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau ada bersama pemimpi utama Umno termasuk presiden sekarang Ahmad Zahid Hamidi yang setuju untuk tidak membeli mana-mana ahli Parlimen PH.

“Tiada sebarang usaha oleh Najib, Zahid, Hishammuddin Hussein dan Tengku Adnan Tengku Mansor. Tada sebarang usaha untuk memancing atau membeli mana-mana ahli Parlimen,” kata Khairy.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam satu sesi wawancara dengan Mekong Review mendakwa BN mendekati ahli Parlimen PH untuk membeli mereka selepas 9 Mei.

Pemimpin berusia 93 tahun itu berkata, ini yang menyebabkan penangguhan untuk PH membentuk kerajaan.– 21 November, 2018

Iklan
Iklan