Iklan

Kerajaan belanja RM3.5 juta selenggara Equanimity

Kamles Kumar6 years ago21st Nov 2018Berita
Equanimity yacht 070818 tmiseth 05
Equanimity yang bernilai bilion ringgit didakwa dibeli menggunakan wang yang diselewengkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 November, 2018.
Iklan

PUTRAJAYA membelanjakan RM3.5 juta untuk menyelenggarakan kapal layar mewah Equanimity dalam tempoh dua bulan sejak ia tiba di perairan Malaysia pada Ogos.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kos itu termasuk yuran guaman, kos selenggara dan bayaran kepada kru setakat Oktober tahun ini.

“Sehingga 10 Oktober, jumlah keseluruhan dibelanjakan untuk kapal itu iralah RM3.5 juta, di mana antara lain termasuk kos perkhidmatan pelabuhan, bayaran kepada anak kapal dan penyelenggaraan serta kos guaman,” katanya dalam jawapan bertulis.

Lim menjawab soalan Noh Omar daripada Umno yang bertanya tentang status kapal layar itu dan berapa banyak kos dibelanjakan oleh kerajaan.

Menteri itu berkata mahkamah tidak lama lagi akan membuat penghakiman berkenaan status kapal itu dan prosiding akan didengar tidak lama lagi.

Equanimity yang bernilai bilion ringgit didakwa dibeli menggunakan wang yang diselewengkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini berkata ia sedang mencari pembeli dan satu lelongan tertutup sepatutnya diadakan di Langkawi.

Mahkamah memutuskan Equanimity milik kerajaan dan membenarkan kapal itu dijual. – 21 November, 2018.

Iklan
Iklan