Iklan

Meski berdepan petisyen, Gobind ikrar baiki khidmat telekomunikasi lebih baik

Kamles Kumar6 years ago21st Nov 2018Berita
Gobind singh deo 310518 tmiseth 02
Menteri Komunikasi dan Mutimedia Gobind Singh Deo mahu perkhidmatan TM lebih baik dan akan berusaha membaikinya.– Gambar fail The Malaysian Insight, 21 November, 2018
Iklan

GOBIND Singh Deo berkata beliau akan terus berjuang untuk perkhidmatan telekomunikasi yang lebih baik walapun berdepan petisyen atas talian supaya beliau dikeluarkan dari kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata walaupun terdapat 10,000 orang yang menandatangani petisyen dalam talian yang mengkritik beliau berhubung perkhidmatan Telekom Malaysia (TM).

“Sesiapa sahaja berhak ajukan petisyen, teruskan. Tetapi nasihat saya kepada mereka semua dan semua telco hanyalah ini ... perbaiki (perkhidmatan anda) dan semua rakyat Malaysia akan sokong anda.

“Saya tidak akan berhenti bercakap untuk rakyat negara ini. Saya tidak akan berhenti melakukan tugas saya sebagai menteri,” kata Gobind kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen DAP itu menambah bahawa antara bidang kuasa beliau adalah untuk cuba memperbaiki keadaan syarikat telekomunikasi demi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia.

“Tugas saya sebagai menteri adalah untuk mempersoalkan dan cuba memperbaiki keadaan. Cari jalan untuk memperbaiki semua perkara yang berada di bawah kementerian saya,” kata Gobind.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa beliau bersikap tidak adil kepada TM, namun sebenarnya mengajukan soalan yang yang menjadi tanda tanya kebanyakan rakyat Malaysia.

Petisyen yang dikongsi secara luas di media sosial oleh kakitangan TM dan mereka yang mendakwa prihatin terhadap pekerja dan pemegang sahamnya, menyatakan bahawa harga saham TM menurun sejak beliau menjadi menteri selepas Pakatan Harapan berkuasa.

Gobind memberi nasihat kepada TM dalam akaun Twitternya, memberitahu syarikat itu supaya lebih sensitif terhadap pelanggan dan menyeru supaya ia meningkatkan ketelusan yang lebih tinggi dalam komunikasinya mengenai masalah dan penyelesaian.

“Apa pun pun, TM perlu hargai pelanggan mereka dan bertindak balas. Menjadi senyap bukan pilihan terutama di kawasan ramai pengguna Streamyx,” katanya dalam ciapan Twitter pada hari Sabtu. – 21 November, 2018.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan