Iklan

Pelajar akan dididik tentang bahaya 'sexual grooming'

Kamles Kumar6 years ago22nd Nov 2018Berita
Wan azizah ppum 191118 tmiseth 01
Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata ia perlu dikemas kini untuk lebih relevan dengan era semasa. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 November, 2018
Iklan

PUTRAJAYA akan meningkatkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (Peers) di sekolah untuk memasukkan topik-topik seperti persediaan seksual atau ‘sexual grooming’.

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata program berkenaan sudah wujud sejak 1989 namun kini ia perlu dikemas kini untuk lebih relevan dengan era semasa. 

“Kita cuba mendapatkan penilaian kini, kita juga melihat kepada keberkesanannya dan cara ke hadapan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Parlimen. 

Beliau yang juga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat juga berkata terdapat implikasi negatif pendidikan seksual yang cuba diperbaiki kementerian. 

“Kami sudah mengadakan perbincangan bersama dan sudah ada pendidikan seksual di sekolah tetapi ia diberikan konotasi negatif. 

“Sekarang kami mahu didik anak-anak mengenai persediaan dari pra-sekolah itu sendiri,” tambah Dr Wan Azizah. 

Silibus yang akan dikemas kini termasuk penyakit berkaitan organ reproduktif, risiko pendedahan seksual, sentuhan selamat dan persediaan seksual dalam talian. 

Beberapa minggu lalu, kes seperti bayi berusia sembilan bulan yang mengalami serangan seksual oleh penjaganya dan juga kes lelaki berusia 41 tahun mengahwini kanak-kanak perempuan 11 tahun meletakkan Malaysia disalah anggap di peringkat antarabangsa. 

Terdapat gesaan daripada ahli Parlimen dan aktivis untuk menambah baik undang-undang bagi meningkatkan pendidikan seksual di negara ini. – 22 November, 2018

Iklan
Iklan