Indira Gandhi putus asa dengan mahkamah
Iklan
INDIRA Gandhi berputus asa menggunakan mahkamah untuk mendapatkan semula anak perempuannya yang berumur sembilan tahun dan berkata tiada gunanya bergantung kepada undang-undang apabila ia tidak dikuatkuasakan.
Beliau sebaliknya menjadikan pihak polis sasaran, terutamanya Ketua Polis Negara (KPN), Mohamad Fuzi Harun, yang didakwa bertanggungjawab untuk menyatukan beliau dengan anak perempuannya, Prasana Diksa.
“Ini sudah lama tertangguh. Inilah yang sepatutnya dilakukan. Saya tidak tahu apa arahan selanjutnya yang ditunggu KPN,” kata Indira kepada The Malaysian Insight.
Pada Januari tahun ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran secara unilateral tiga anak Indira kepada Islam adalah tidak sah dan terbatal. Ia juga memerintahkan supaya Prasana diserahkan kepada jagaan Indira.
Ibu kepada tiga anak itu masuk keluar mahkamah sejak 2009 berkata beliau benar-benar bosan dengan proses undang-undang.
“Saya sangat bosan dengan proses mahkamah. Ia benar-benar memenatkan dan sudah bosan,” kata Indira.
“Mahkamah Persekutuan sudah bersuara dan penghakiman sudah diberikan.”
Indira memberitahu The Malaysian Insight tiada sebarang berita daripada pihak polis sejak keputusan Mahkamah Persekutuan.
Beliau berkata, tiada guna memfailkan kepada mahkamah yang bekas suaminya boleh dianggap sebagai menghina kerana tidak mematuhi perintah mahkamah.
Indira mengulas cadangan Menteri Hal Ehwal Undang-undang V K Liew yang mencadangkan beliau kembali ke mahkamah untuk membawa perkara ini ke atas.
Beliau berkata Putrajaya tidak boleh campur tangan dengan kes Indira kerana ia adalah hal litigasi pihaknya terhadap bekas suami.
Terdahulu, Indira menulis surat terbuka, yang ditujukan kepada kerajaan Pakatan Harapan dan Fuzi, mempersoalkan mereka tentang peraturan undang-undang yang banyak katakan.
Beliau terus mempersoalkan mengapa undang-undang tidak diperhatikan dalam kesnya.
Indira juga kesal kerana tidak tidak pernah mendengar sebarang berita daripada anak perempuannya Prasana sejak pertemuan mahkamah pada Januari.
“Saya tidak tahu di mana dia berada. Tiada khabar berita mengenainya sejak sekian lama. Saya tidak tahu berapa lama saya perlu menunggu sehingga dapat bertemunya lagi,” katanya. – 24 November, 2018.