Perhimpunan anti-ICERD bukan tentang isu perkauman, kata PAS

Iklan
PERHIMPUNAN berhubung Konvensyen Pembasmian Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) bukan mengenai isu perkauman sebaliknya berkisar tentang penubuhan negara, kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.
“Tidak ini bukan mengenai kaum, ini mengenai negara. Sekiranya kerajaan tidak batalkan rancangannya untuk meratifikasi ICERD ia akan memberi implikasi besar terhadap struktur perlembagaan persekutuan.
“Ini bukan mengenai pertikaian perkauman, contohnya jika isu itu melibatkan bumiputera, ia tidak termasuk orang Cina dan India. Bukan, ianya bukan mengenai bangsa tapi mengenai pembentukan negara,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Tuan Ibrahim yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian berkata negara itu dibentuk berdasarkan kontrak sosial dan oleh itu ia perlu dilindungi.
Pada hari Jumaat, Pejabat Perdana Menteri menyatakan Putrajaya tidak akan meratifikasikan konvensyen itu dan kerajaan akan terus mempertahankan perlembagaan persekutuan “yang mengandungi kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua kaum semasa penubuhan negara ini.”
Kumpulan hak Melayu, dan juga Umno dan PAS, yang menentang konvensyen berkenaan, akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 8 Disember bagi menunjukkan penghargaan kepada kerajaan mengenai keputusannya.
Tambah Tuan Ibrahim, naib presiden Amanah Mahfiz Omar pasti setuju dengan perhimpunan menentang ICERD sekiranya beliau masih dalam pembangkang.
Beliau mengulas mengenai cadangan Mahfuz kepada kumpulan berkenaan untuk mengadakan majlis kesyukuran di masjid daripada mengadakan perhimpuan.
“Beliau boleh berbuat demikian. Apa yang kami buat adalah format kami. Saya rasa kalau beliau masih dalam pembangkang, beliau akan sokong apa yang kita lakukan,” katanya. – 26 November, 2018