Iklan

Wong Chun Wai lepas jawatan CEO The Star tahun depan

Yvonne Lim6 years ago30th Nov 2018Berita
Chun wai
Wong Chun Wai akan memegang peranan sebagai penasihat The Star Media Group berkuatkuasa 1 Januari 2019.– Gambar The Malaysian Insight, 30 November, 2018.
Iklan

WONG Chun Wai akan melepaskan jawatan sebagai pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif (CEO) The Star Media Group dan akan memegang peranan sebagai penasihat kumpulan berkuatkuasa 1 Januari 2019.

Wong telahpun mengemukakan notis peletakan jawatan, menurut pengumuman di laman web Bursa Malaysia hari ini.

“Beliau juga akan melepaskan jawatan yang dipegang dalam semua anak syarikat berkuatkuasa tarikh sama,” sebut kenyataan itu.

Wong akan terus berkhdimat sebagai penasihat kumpulan melibatkan urusan korporat dan editorial. Beliau akan menjadi penasihat kumpulan pertama The Star.

Kenyataan di laman Bursa Malaysia juga menyebut syarikat itu akan membuat pengumuman sebaik sahaja pengganti yang sesuai dilantik.

Bagaimanapun, sumber memberitahu The Malaysian Insight yang Ketua Pegawai Operasi Roy Tan akan mengambil alih peranan CEO.

Wong dilantik sebagai pengarah urusan dan CEO kumpulan The Star pada 20 November 2013.

Sebelum itu, beliau merupakan ketua editor kumpulan selama lebih lima tahun.

Bermula sebagai wartawan, Wong sudah lebih 30 tahun berkhidmat di The Star . – 30 November, 2018.

Iklan
Iklan