Jutawan China yakin jaminan Putrajaya selepas bertemu Dr Mahathir
Iklan
KUMPULAN ahli perniagaan China mengalu-alukan jaminan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang kerajaan baharu Pakatan Harapan adalah mesra-perniagaan dan mengalu-alukan pelaburan dari China.
Wakil utama dari Kelab Usahawan China (CEC), yang menghimpunkan beberapa pemilik perniagaan paling besar China, bertemu Dr Mahathir pada 27 November di luar persidangan perniagaan dan pelaburan di Kuala Lumpur.
Pada pertemuan itu, Dr Mahathir membincangkan mengenai kerjasama dan peluang pelaburan dengan ahli kumpulan berkenaan.
Bagaimanapun, apa yang lebih penting, perdana menteri mengakui bahawa China memiliki teknologi dan memberitahu pemimpin perniagaan bahawa Putrajaya mengalu-alukan pelaburan langsung dari China, kata pengarah CEC, Wang Ruoxiong, yang juga turut memgetuai kumpulan berpengaruh di Persatuan Hartanah China.
“Kami tidak dapat mengetahui banyak (sebelum ini), dan sekarang kita berada di sini, saya fikir kita memahami politik Malaysia, ekonomi, undang-undang dan persekitaran serta dasar mereka dengan lebih baik,” kata Wang kepada The Malaysian Insight.
Wang berkata, Dr Mahathir sangat ramah dan bersikap terbuka serta sanggup mendengar pemintaan mereka ketika pertemuan itu.
Pada Ogos, Dr Mahathir menghadiri forum CEC di Beijing, yang mana ahli kumpulan berkenaan mendapatkan pengesahan berhubung pendirian Putrajaya terhadap pelaburan China berikutan semakan semula beberapa projek pembangunan mega yang disokong China.
Bagaimanapun kata Wang, pengetahuan terhad terhadap ekonomi dan undang-undang Malaysia menyebabkan masih ramai yang ragu tahap penerimaan Putrajaya terhadap pelaburan China.
Dalam pertemuan dengan Dr Mahathir minggu lalu, Wang berkata ia membantu memadamkan ketidakpastian.
Pemansuhan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan dua projek paip gas asli, serta sekatan jualan dari pembangunan Forest City di Johor kepada warga asing, menyebabkan banyak perniagaan China menangguhkan pelaburan di Malaysia kerana ketidakpastian terhadap dasar diplomatik kerajaan.
Putrajaya cuba untuk melembutkan pendirian dengan mendakwa ia masih terbuka kepada pelaburan asing, tetapi memutuskan untuk memansuh beberapa projek yang disifatkan terlalu mahal kerana ia terpaksa berdepan dengan masalah hutang negara berjumlah RM1 trilion.
CEC telah dianggap sebagai “kementerian luar kedua” China kerana pengaruh yang diyakini untuk mengatasi Beijing. Kumpulan ini dibentuk oleh 31 pemimpin perniagaan, ahli ekonomi dan diplomat pada tahun 2006, yang jumlah keseluruhan pendapatan tahunannya sekitar CN¥ 4 trilion (RM234 bilion).
60 ahli kumpulan ini diketuai oleh ahli perniagaan berpengaruh yang merupakan pengasas Kumpulan AliBaba, Jack Ma. – 1 Disember, 2018