Iklan

Keluar BN jadi agenda Pemuda MCA pada perhimpunan agung

Lee Chi Leong6 years ago1st Dec 2018Berita
Mca balakong by election tmi 03
Masyarakat Cina sudah cukup jelas mahu MCA keluar dari BN, kata Ketua Pemuda, Nicole Wong. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Disember, 2018.
Iklan

PEMUDA MCA dibawah pimpinan Ketua baharu, Nicole Wong, akan membincangkan kemungkinan parti Cina itu menarik diri daripada Barisan Nasional (BN) pada perhimpunan agungnya hari ini.

Masyarakat Cina kata Wong, mahu MCA keluar dari pakatan yang sudah memerintah Malaysia selama enam dekad sehinggalah kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 Mei lalu.

“Masyarakat Cina dan orang ramai berpendapat MCA hanya boleh dilahirkan semula dan mendapat kembali sokongan orang Cina hanya jika ia keluar daripada BN ataupun BN dibubarkan.

“Apakah pandangan orang ramai itu masih belum cukup jelas?” katanya pada perhimpunan agung MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Berikutan itu, Wong dilaporkan tidak menjemput pemimpin-pemimpin Pemuda BN ke perhimpunan agung parti seperti kebiasaan.

Dalam ucapannya, Wong berkata Pemuda MCA akan menubuhkan sebuah biro pergerakan sosial bagi memudahkan  protes jalanan.

Menurut beliau, sudah tiba masanya untuk MCA berubah daripada parti berhaluan kanan kepada berhaluan tengah.

“Berada dalam pentadbiran, kita telah menjadi sebuah parti yang hanya tahu bagaimana nak atur aktiviti. Kita hilang keupayaan untuk mengatur pergerakan sosial dan menetapkan perbincangan.”

Biro pergerakan sosial itu kata Wong, akan bekerjasama dengan aktivis dan menyertai protes jalanan.  – 1 Disember, 2018.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan