Pemuda MCA mahu BN dibubar
Iklan
PEMUDA MCA berkata parti itu perlu tinggalkan pakatan Barisan Nasional dan mencari rakan berpotensi untuk memulakan perjalanan baru.
Sebagai kesimpulan persidangan Pemuda MCA, ketuanya Nicole Wong berkata BN perlu dibubarkan dan parti itu mesti mencari rakan lain untuk bekerjasama.
Bagaimanapun katanya, tidak perlu untuk tergesa-gesa untuk menjalinkan kerjasama dengan parti lain selepas meninggalkan BN.
“Pendirian Pemuda MCA adalah, jalan terbaik adalah kita bubarkan BN untuk mencari rakan yang lebih baik…tetapi tidak perlu tergesa-gesa, kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok hari.
“Terdapat banyak peluang, dan tidak perlu untuk semua orang bersuara sekarang,” kata Wong.
Bagaimanapun, Wong tidak memberi jawapan jelas sama ada parti itu perlu bekerjasama dengan PAS atau Umno, dan menyatakan pendirian parti itu tidak akan bekerjasama dengan parti ekstremis.
“Sesetengah parti bersekutu berdasarkan beberapa isu, tetapi tidak bekerjasama untuk jangka panjang..adakah cara kerjasama ini sesuai untuk Malaysia?” katanya.
Persidangan perwakilan Pemuda MCA diadakan secara tertutup kali ini, dan Wong kemudian berkata ramai perwakilan menyatakan ketidakpastian mengenai masa depan parti dan berharp kepimpinan parti menunjukkan jalan.
Berhubung Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), Wong berkata MCA sudah melucutkan kedudukan untuk memperjuangkan pengiktirafan ujian bersepadu bagi pelajar sekolah menengah Cina yang bebas.
“Kini memandangkan kami sudah ditolak, terdapat lebih ramai wakil yang dipilih yang boleh membawa agenda itu, kami akan serahkan kepadanya.
“Saya ucapkan kepada sesiapa yang mengetuai isu ini dalam Pakatan Harapan semoga berjaya dan saya berharap ia dilakukan dengan baik jadi masyarakat akhirnya akan mendapat manfaat,” katanya.
MCA hanya berjaya pertahankan satu kerusi Parlimen Ayer Hitam pada Pilihan Raya Umum ke 14.
Parti itu memilih untuk kekal dalam pakatan BN selepas kekalahan mengejut, namun ramai dalam parti berkenaan menggesa parti Cina itu untuk mmeninggalkan BN dan mencari kerjasama dengan parti lain. – 1 Disember, 2018