Pemilik restoran Pulau Pinang gesa kerajaan pertimbang larangan merokok
Iklan
KURANG sebulan sebelum larangan merokok seluruh negara di restoran dikuatkuasakan, pemilik restoran di Pulau Pinang mendesak kerajaan mempertimbangkan semula polisi yang dianggap mereka “terlalu ekstrim”.
Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Foochow, Toon Koon Ku berkata larangan tersebut akan menyebabkan pengendali restoran kehilangan pelanggan yang merokok.
Beliau berkata kerajaan “menafikan” penyelesaian lain yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah berkaitan perokok.
“Kami menyokong hasrat mewujudkan masyarakat lebih sihat dan percaya selain mengatakan ya atau tidak, ada pendekatan menang-menang yang boleh dianggap memenuhi keperluan semua pihak,” kata Too pada sidang akhbar di George Town hari ini .
Ruang merokok
Beliau berkata ada cadangan restoran boleh menyediakan kawasan merokok di dalam premis mereka, atau mempamerkan tanda untuk memaklumkan pelanggan sama ada mereka tidak merokok atau sebaliknya.
Pelanggan kemudian boleh memutuskan sama ada mereka ingin makan di premis “mesra rokok” atau tidak, kata Toon pada sidang media yang turut dihadiri wakil daripada Persatuan Pemilik Restoran Islam Malaysia dan Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia (Primas).
Lee Kok Yong, setiausaha Persatuan Penjaja dan Kedai Kopi di Seberang Prai, berkata baru-baru ini mereka melakukan kaji selidik yang menemui ramai peniaga sedang berdepan banyak masalah, seperti sewa yang tinggi dan peningkatan kos lain. – 5 Disember, 2018.
MENYUSUL