Iklan

Tangguh himpunan Suhakam, PH kalah di tangan perkauman, kata NGO

Looi Sue-Chern6 years ago7th Dec 2018Berita
Ambiga sreenevasan 040717 tmiseth 03
Ambiga Sreenevasan juga menyuarakan kekecewaannya terhadap penangguhan yang dipaksa ke atas acara Suhakam.. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Disember, 2018.
Iklan

KERAJAAN Pakatan Harapan kini menjadi objek kutukan oleh pimpinan masyarakat sivil selepas perayaan hak asasi manusia, yang pada asalnya dirancang pada hari yang sama tarikh dengan perhimpunan hak Melayu, terpaksa ditangguhkan ekoran “risiko keselamatan yang serius”.

Suhakam hari ini mengumumkan bahawa perayaannya untuk memperingati Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang pada asalnya dirancang untuk hari Sabtu, terpaksa ditangguhkan pada Ahad kerana ia bertembung dengan himpunan anti Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD) di Kuala Lumpur.

“Kerajaan PH tidak dapat tangani perkauman dan orang-orang yang taksub. Apa telah jadi terhadap kerajaan baharu yang katanya mahu lakukan pembaharuan?” ciap Pengarah Pembanterasan Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel di akaun Twitter beliau.

“Sekiranya anda perlu gunakan alasan keselamatan negara untuk satu perhimpunan, maka batalkan kedua-duanya!! Anda membiarkan perkauman berkumpul tetapi bukan penyokong hak!! Mengerikan!” kata beliau lagi.

Aktivis lantang dan peguam Siti Kasim mempersoalkan mengapa pihak berkuasa “berundur ke belakang” dalam menangani perhimpunan anti-ICERD tetapi menghentikan acara yang dianjurkan oleh badan berkanun.

“Di mana keutamaan kerajaan ini? Jika mereka mahu menghentikannya, mereka mesti hentikan kedua-duanya!! Ini gila !!!!” kata beliau dalam hantaran Twitter.

Dalam sebuah catatan di Facebook, Siti juga menegaskan bahawa Suhakam telah merancang perayaannya terlebih dahulu supaya ia sepatutnya diberi keutamaan untuk meneruskan program.

“Kenapa Suhakam ditarik keluar tetapi bukan geng anti-ICERD? Undang-undang jelas menyatakan siapa yang mula-mula diberi kebenaran, harus meneruskannya. Kenapa pihak berkuasa tidak patuh undang-undang?”

Beliau menyiarkan gambar dari Akta Perhimpunan Aman yang menyatakan bahawa di bawah Seksyen 17 (2) (a) pada majlis serentak, pegawai yang bertanggungjawab bagi daerah polis hendaklah memberi keutamaan kepada penganjur yang terlebih dahulu mengemukakan pemberitahuan untuk menjalankan perhimpunan di tempat berhimpun.

Himpunan anti-ICERD dirancang sebagai tindak balas kepada rancangan kerajaan untuk meratifikasi konvensyen anti-perkauman oleh PBB.

Putrajaya memutuskan bulan lepas untuk tidak meneruskan pengesahan konvenseyn itu berikutan bantahan kumpulan hak Melayu, Umno dan PAS. Tetapi parti-parti yang bekerjasama di samping mengetuai perhimpunan anti-ICERD di Jalan Raja esok petang menegaskan akan meneruskan acara itu.

 

Awal minggu ini, polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memberikan lampu hijau untuk perhimpunan anti ICERD selagi perhimpunan yang dianjurkan dijalankan secara aman.

Peguam hak asasi manusia terkemuka, Ambiga Sreenevasan juga menyuarakan kekecewaannya terhadap penangguhan yang dipaksa ke atas acara Suhakam.

“Meminta Suhakam membatalkan satu acara yang meraikan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang telah dijalankan selama bertahun-tahun, Wow, dan kali pertama (perkara ini berlaku),” katanya.

“Sekarang kita meraikan hak asasi manusia dengan membatalkan acaranya, bukannya dengan memilikinya, Hebat! , dan kita pernah berada di Majlis Hak Asasi Manusia !!” tulis Ambiga lagi, sambil menambah bahawa pembatalan itu sama dengan “menyerah kepada pembuli”.

“Kerana kita beri peluang kepada mereka, dan oleh itu terpaksa terus melakukannya,” kata peguam, yang juga bekas pemimpin Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam).

Majidah Hashim (@majidahhashim), yang memberi respons kepada tweet Ambiga, turut membantah keputusan itu, mengatakan bahawa acara Suhakam tidak mengancam masyarakat umum.

“Acara @suhakam TIDAK menjadi ancaman keselamatan negara. (Sebaliknya) Perhimpunan Tolak Icerd adalah ancaman BESAR keselamatan negara.

“Mengecewakan,” tambanya lagi, dengan mengakhiri ciapannya dengan tandapagar #malaysiabaru, #malaysiabaharu, #harimaumalaya, #bangsamalaysia, #haksejagat, #MalaysianAgainstRacism dan #priorities.

Pengguna Twitter, snoozydoozy (@snoozydoozy), dalam tweet kepada Suhakam, menulis:

“Memalukan bagaimana kumpulan perkauman/ekstremis mengarah- mengarahkan kerajaan hari ini dengan (menarik) hidungnya!” – 7 Disember, 2018.

Iklan
Iklan