Iklan

DBKL tak mampu selesai masalah penduduk, kata menteri

Lee Chi Leong6 years ago9th Dec 2018Berita
Federal territories minister khalid samad 20180904 tmiafif 01
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata beliau kini memahami keperluan penduduk KL dan berharap kerajaan Pakatan Harapan mampu menguruskan bandar itu dengan lelih baik dan merancang lebih banyak pembangunan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Disember, 2018.
Iklan

SESETENGAH isu yang membelenggu Kuala Lumpur boleh diselesaikan jika penduduk bandar ini memainkan peranan dan mereka sanggup melakukan pengorbanan, kata Khalid Samad.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata salah satu isu yang sering berlaku adalah banjir kilang yang menjejaskan ibu negara.

“Ia bukan sepenuhnya kesalahan Majlis Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya pada satu sesi temu bual bersama The Malaysian Insight.

Beliau merasakan penduduk Kuala Lumpur perlu bertanggungjawab dengan cara mereka membuang sampah memandangkan DBKL perlu menguruskan masalah sampah yang memenuhi sistem saliran air pada setiap bulan.

“Kebanyakan masa sampah memenuhi longkang, sistem saliran dan kolam takungan air masih boleh mengatasi masalah banjir, tetapi kebanyakannya tersumbat akibat sampah,” katanya.

Khalid berkata bertan-tan sampah dibuang keluar dari sebuah kolam takungan air utama pada setiap bulan tetapi enggan menamakannya.

“Saya fikir  kerajaan perlu menangani masalah ini secara terus dan mengambil tindakan penguatkuasaan untuk mengenakan denda kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Anggota penguatkuasa majlis perbandaran tempatan sentiasa bersedia, mereka tahu di mana lokasi panas dan masalahnya sering melibatkan sampah.

“Sesetengah sampah akan timbul selepas hujan, dan ada juga yang dibawa ke sistem saliran dari semua tempat apabila hujan. Ini adalah masalah yang kita hadapi ketika ini,” katanya.

Khalid berkata kebanyakan sampah merupakan botol plastik, makanan dan tayar, sekali gus menunjukkan tahap kesedaran sivik orang awam yang masih rendah.

“Penduduk Kuala Lumpur perlu memainkan peranan mereka juga. Anda tidak boleh bergantung kepada majlis perbandaran atau jabatan kerajaan.

“Setakat ini, ia merupakan simptom cara hidup orang ramai, bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi kita tahun terdapat ramai pekerja asing di negara ini dan kita perlu mendidik mereka,” katanya.

Menteri itu berkata jika ada cara yang ditemukan untuk menjadikan sampah sebagai sumber wang sampingan, orang ramai mungkin kurang cenderung untuk membuang sampah.

Khalid berkata kementerian membelanjakan RM260 juta setiap tahun untuk menguruskan sampah.

Beliau berkata selepas menjadi menteri wilayah persekutuan bagi tempoh enam bulan, beliau kini memahami keperluan penduduk Kuala Lumpur dan berharap kerajaan Pakatan Harapan mampu menguruskan bandar itu dengan lelih baik dan merancang lebih banyak pembangunan.

“Orang ramai mahu masalah kesesakan trafik diselesaikan, mereka membangkitkan isu kebersihan, keperluan ruang letak kenderaan, lebih banyak ruang terbuka supaya penduduk bandar ini menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik,” katanya. – 9 Disember, 2018.

Iklan
Iklan