Iklan

Walaupun Putrajaya enggan, Pulau Pinang bersedia untuk pilihan raya PBT

Looi Sue-Chern6 years ago10th Dec 2018Berita
Parliament chow kon yeow 181018 tmiseth 05
Sejak bertahun Pulau Pinang sudah bersedia, sekarang tiba masa untuk Putrajaya buat langkah perlu, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Disember, 2018.
Iklan

PULAU PINANG sudah bersedia mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) sekiranya mendapat kebenaran kerajaan persekutuan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Katanya, sejak beberapa tahun lepas kerajaan negeri sudah mengambil langkah diperlukan untuk mengembalikan semula pilihan raya PBT tetapi tidak berhasil.

“Sekarang untuk kerajaan persekutuan pula mengambil tindakan diperlukan,” kata Chow yang merupakan bekas exco kerajaan tempatan sebelum ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pagi ini berkata kerajaan buat masa sekarang membatalkan hasrat mengadakan pilihan raya PBT kerana ia boleh mencetuskan ketegangan kaum sekiranya keputusan pilihan raya memihak kepada kaum tertentu.

Manifesto PRU14 PH tidak secara khusu berjanji akan mengembalikan undi ketiga dan hanya menyebut “mengukuhkan demokrasi tempatan” di bawah janjinya untuk mengukuhkan peranan dan kuasa pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanapun, gabungan pembangkang sebelum itu, Pakatan Rakyat pada PRU2008 berjanji akan mengembalikan pilihan raya PBT.

Pada 2010, kerajaan Pulau Pinang ditadbir DAP ketika Lim Guan Eng menjadi ketua menteri mengambil langkah pertama menunaikan janji tersebut.

Mereka menulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memintanya mengadakan pilihan raya PBT untuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Seberang Jaya. – 9 Disember, 2018.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan