Aktiviti seksual pada usia remaja punca perkahwinan kanak-kanak
Iklan
AKTIVITI seksual dalam kalangan kanak-kanak amat membimbangkan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh.
Katanya dalam tempoh enam tahun, seramai 70,000 hingga 90,000 remaja disahkan mengandung berdasarkan statistik yang diperoleh daripada Kementerian Kesihatan.
Di seluruh negara, kecenderungan remaja untuk melakukan aktiviti seksual adalah pada kadar 7.3%.
Yeoh berkata 9.3% kanak-kanak berusia 13 tahun yang tidak bersekolah sudah aktif melakukan hubungan seksual, angka tertinggi dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
“Ramai orang bertanya kenapa kita mempunyai banyak kes perkahwinan kanak-kanak.
“Ini kerana terdapat banyak kes kanak-kanak aktif dalam aktiviti seksual pada usia 13 tahun,” katanya sambil menambah golongan itu mengambil keputusan untuk berkahwin selepas mengandung.
Kementerian itu kini berusaha untuk meningkatkan usia minimum perkahwinan dari usia 16 tahun kepada 18 tahun.
Pada Julai, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata kepada Dewan Rakyat bahawa mahkamah syariah di seluruh negara merekodkan 5,362 perkahwinan kanak-kanak Islam dari 2013 hingga 2017.
Sementara itu, 968 perkahwinan melibatkan kanak-kanak bukan Islam dengan orang dewasa dan 174 perkahwinan sesama kanak-kanak direkodkan di seluruh negara pada tahun lalu. – 10 Disember, 2018.
Berita penuh di sini.