Markah tambahan untuk ‘adiwira’ guru sekolah luar bandar
Iklan
GURU berkhidmat di sekolah luar bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak akan mendapat markah tambahan ketika kenaikan pangkat untuk mereka dipertimbangkan, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
Beliau berkata demikian ketika sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini di mana beberapa ahli Parlimen membincangkan jumlah yang tinggi permohonan pertukaran guru di Sabah dan Sarawak untuk kembali bertugas di semenanjung.
Soalan dikemukakan oleh Wong Shu Qi (PH-Kluang), yang mahu tahu jumlah itu dan langkah kerajaan dalam menggalakkan lebih ramai rakyat tempatan Sabah dan Sarawak menjadi guru di negeri mereka.
Maszlee berkata di Sarawak, 86% guru sekolah rendah dari negeri itu, sementara majoriti guru sekolah rendah di Sabah juga dari negeri sama.
Kebanyakan permohonan pertukaran dari dua negeri itu dibuat oleh guru sekolah rendah dan menengah yang mahu berpindah ke Kelantan, Kedah, Terengganu, Perak, Johor dan Selangor.
Dasar untuk menempatkan 90% guru di sekolah Sabah dan Sarawak dengan guru anak tempatan dan 10% guru dari semenanjung tidak berubah, katanya.
“Kerajaan menggalakkan lebih ramai orang tempatan dari dua negeri itu menjadi guru, termasuk mengambil mereka sebagai guru sementara. Kami juga menggalakkan graduan dari universiti tempatan di sana mengajar.”
Beliau berkata guru yang ditugaskan di kawasan luar bandar dan pedalaman menerima pelbagai insentif dan elaun khas perumahan, kos sara hidup dan tambang tahunan, walaupun mereka orang tempatan. – 11 Disember, 2018.
Baca berita penuh di sini.