Iklan

Top Glove pertimbang tindakan undang-undang terhadap akhbar Britain

Bernard Saw6 years ago12th Dec 2018Berita
Top glove 1 dec 10  full
Laporan akhbar harian Britain mendakwa pekerja asing di kilang syarikat terbabit mengalami penderaan seperti memaksa pekerjanya bekerja lebih masa, perhambaan hutang, menyekat bayaran gaji dan rampasan pasport. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Disember, 2018.
Iklan

TOP Glove Corp Bhd sedang mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan penderaan pekerja di kilangnya, menyebabkan kumpulan itu mengalami kerugian RM1 bilion dalam masa sehari dalam dagangan di Bursa Saham Kuala Lumpur. 

Pengerusi Kumpulan Lim Wee Chai memberitahu The Malaysian Insight, laporan akhbar harian Britain, The Guardian adalah tidak adil dan mengelirukan. 

“Kini kami terpaksa mengambil tindakan undang-undang selepas laporan yang menjejaskan ini,” katanya. 

Berikutan laporan Guardian itu, syarikat berkenaan mengalami kerugian RM900 juta dalam sehari di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Dalam artikelnya pada Ahad, The Guardian melaporkan pekerja syarikat pengilang sarung tangan terbesar dunia itu didakwa memaksa pekerjanya bekerja lebih masa, perhambaan hutang, menyekat bayaran gaji dan rampasan pasport.

Laporan The Guardian itu merupakan sebahagian siasatan terhadap dakwaan rangkaian bekalan untuk Perkhidmatan Perubatang Kebangsaan Britain melibatkan keadaan buruh paksa.

Tambah laporan itu, ribuan pekerja asing dari Nepal dan Bangladesh menjadi mangsa eksploitasi tempat kerja oleh Top Glove dan satu lagi pengilang WRP Asia Pacific Sdn Bhd. 

Pengerusi Kumpulan Lim Wee Chai membertahu The Malaysian Insight, laporan akhbar harian Britain, The Guardian adalah tidak adil dan mengelirukan.  –  Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 12 Disember, 2018.

Mereka didakwa dipaksa bekerja lebih masa sehingga 160 jam seminggu.

Bagaimanapun semalam, Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran, membebaskan Top Glive daripada sebarang saah laku dan berkata kebanyakan dakwaan itu adalah salah.

Kula Segaran berkata kumpulan itu akan mematuhi perintah lebih masa dan sejak bulan ini telah memberi kerja lebih masa untuk pekerja pada 104 jam, seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pekerjaan 1955, sambil menambah ia tidak akan menjejaskan pengeluaran di kilangnya.

Beliau berkata, syarikat berkenaan juga akan meningkatkan automasi di kilang dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

“Kami bekerja sejak lima tahun lalu untuk meningkatkan automasi pembuatan di kilang. Kami kini mencari lebih banyak automasi untuk mengurangkan jumlah pekerja.” – 12 Disember, 2018.

Iklan
Iklan