Iklan

Veteran Umno gesa Zahid dapatkan undi percaya perwakilan

Looi Sue-Chern6 years ago17th Dec 2018Berita
mohd yussoff latiff tmi 2018
Mohd Yussof Latiff, veteran dan tokoh Melayu dihormati di Pulau Pinang berkata Perlembagaan parti membenarkan presiden bertindak demikian, menambah yang wajar untuk Zahid Hamidi berbuat begitu demi masa depan Umno. – Gambar The Malaysian Insight, 17 Disember, 2018.
Iklan

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi perlu mendapatkan undi percaya daripada perwakilan parti bagi menangani tekanan yang makin memuncak mendesaknya berundur, kata veteran parti Mohd Yussof Latiff.

Yussof, seorang tokoh Melayu dihormati di Pulau Pinang yang juga ahli Umno seumur hidup berkata Perlembagaan parti membenarkan presiden bertindak demikian, menambah yang wajar untuk Zahid berbuat begitu demi masa depan Umno.

“Perkara 8.5.1 menyatakan yang perhimpunan agung khas boleh diadakan atas permintaan presiden, atas permintaan separuh daripada bahagian seluruh negara atau permintaan bertulis dua pertiga Majlis Tertinggi.

“Persidangan khas boleh diadakan untuk Zahid kembali mengesahkan mandatnya. Ini tindakan mulia yang perlu dilakukan. Jika beliau yang memanggil persidangan khas diadakan, beliau akan nampak gentleman,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang).

Zahid kini berdepan tekanan hebat supaya berundur selepas ramai wakil rakyat dan ahli Umno keluar parti. Ada antara mereka sudah menyertai Bersatu atau PKR. Bakinya masih jadi wakil rakyat Bebas, walaupun berita bertiup kencang mereka akan menyertai parti kerajaan tidak lama lagi.

Sekurang-kurangnya dua bahagian Umno, Alor Setar dan Ampang sudah secara terbuka menggesa Zahid meletak jawatan. – 17 Disember, 2018.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan