Iklan

PKR Pulau Pinang mahu Nurul Izzah kembali

Looi Sue-Chern6 years ago18th Dec 2018Berita
Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman
Ketua Cabang PKR Kepala Batas Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman meminta Nurul Izzah Anwar mempertimbangkan semula keputusannya melepaskan jawatan baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insight, 18 Disember, 2018.
Iklan

PKR Pulau Pinang mendesak Nurul Izzah Anwar mempertimbangkan semula keputusannya melepaskan jawatan sebagai naib presiden parti dan ketua negeri.

Ketua Cabang PKR Kepala Batas Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman mengumumkan hari ini, dengan sokongan daripada beberapa ketua bahagian negeri.

“Kami mewakili semua 13 bahagian meminta Nurul Izzah mempertimbangkan semula keputusannya, walaupun kami menghormati keputusannya untuk berhenti.

“Tetapi kami ingin beliau menerima dan terus memegang tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya sebagai naib presiden dan ketua parti negeri. Kami sanggup bekerjasama dengannya untuk memimpin PKR di negeri ini.

“Kami mahu beliau meneruskan semangat perjuangannya. Ia akan menjadi satu kerugian jika beliau tidak menerima jawatan kepimpinan,” katanya

Kata Zakiyuddin yang juga adalah timbalan ketua menteri I Pulau Pinang, pada sidang akhbar hari ini.

Semalam, Nurul Izzah mengumumkan melepaskan jawatan sebagai naib presiden parti, jawatan yang dipegangnya selepas memenangi undi paling banyak di kalangan semua pesaing bagi empat kerusi yang ada.

Beliau juga berhenti sebagai ketua parti Pulau Pinang yang baru dipegangnya pada Ahad lalu.

Beliau juga berkata menyerahkan kepada kepimpinan parti untuk memutuskan kedudukannya di peringkat negeri dalam syarikat yang dikaitkan dengan kerajaan Pulau Pinang, sambil menambah beliau juga tidak lagi berkhidmat kepada kerajaan persekutuan “dalam sebarang kapasiti”.

Keputusannya didorong keinginannya membebaskan diri dan bapanya, Presiden PKR Anwar Ibrahim, mengenai tuduhan nepotisme dalam pelantikannya,  kata sumber dalam parti kepada The Malaysian Insight. – 18 Disember, 2018.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan