Iklan

Program bank makanan dilancar seluruh negara bulan depan, kata Saifuddin

Looi Sue-Chern6 years ago22nd Dec 2018Berita
Saifuddin nasution ismail food bank
Putrajaya berhasrat untuk menggubal undang-undang baru untuk melengkapkan program berkenaan menjelang akhir tahun depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail. – Gambar The Malaysian Insight oleh David S T Loh, 22 Disember, 2018.
Iklan

PROGRAM Food Bank Malaysia akan dilancarkan di seluruh negara mulai Januari, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata Putrajaya berhasrat untuk menggubal undang-undang baru untuk melengkapkan program berkenaan menjelang akhir tahun depan.

“Akan dilaksanakan pada Januari. Kami akan menjalankan program rasmi kementerian ini bersama beberapa rakan strategik.

“Kami berharap pada hujung tahun depan, kerajaan juga mempunyai undang-undang baru yang mengawal program bank makanan dan usahanya dalam mengelakkan pembaziran makanan serta mengangihnya kepada golongan yang memerlukan.

“Belum ada lagi, masih ada ruang penambahbaikan,” kata Saifuddin selepas pelancaran program itu di Kompleks Masyarakat Penyayang di Pulau Pinang hari ini.

Undang-undang itu katanya, akan dibentangkan di Parlimen pada hujung 2019. – 22 Disember, 2018.

MENYUSUL

Iklan
Iklan