Iklan

Tak perlu khuatir keselamatan makanan, kata kementerian

The Malaysian Insight6 years ago24th Dec 2018Berita
Kedah paddy 20180217 tmihasnoor 013
Racun perosak haram digunakan untuk memusnahkan pembiakan siput gondang yang mengancam tanaman padi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Disember, 2018
Iklan

TANAMAN padi tempatan tidak tercemar dengan racun perosak haram, kata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam maklum balas kepada kebimbangan dalam kalangan petani yang mengancam keselamatan makanan ruji negara. 

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, masyarakat tidak perlu bimbang mengenai keselamatan bijirin tempatan kerana racun perosak, yang digunakan untuk membunuh siput gondang hanya digunakan pada peringkat awal penanaman.

“Orang awam tidak perlu khuatir berkaitan keselamatan makanan kerana penggunaan racun makhluk perosak dalam tanaman padi adalah pada peringkat awal penanaman dan sifat racun makhluk perosak yang mudah meruap dan terurai menyebabkan ia tidak terjerap di dalam tanaman,” kata kementerian iru daam satu kenyataan hari ini. 

Kementerian dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) berkata ia turut membanteras penjualan dan penyeludupan racun perosak ini, yang dipercayai dikilangkan di China dan diseludup melalui Thailand. 

Pada 2018, kementerian menjalankan pemeriksaan di 300 premis, ladang dan pasar malam bagi membanteras penggunaan racun perosak ini. Pada 27 Nivember, ia turut merampas racun perosak haram bernilai RM1.05 juta yang diseludup dari Thailand. 

Di bawah Akta Racun 1974, mereka yang didapati bersalah memiliki dan menggunakan racun haram bokeh didenda sehingga RM10,000 atau penjara setahun.– 24 Disember, 2018

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan