Harga barang tak jadi lebih murah, keluh golongan pertengahan
Iklan
KEMENANGAN Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke 14 adalah kerana janjinya untuk mengurangkan kos sara hidup. Namun selepas tujuh bulan, golongan pertengahan seperti Noriah Ahmad dan Nursuhaila Abdul Halim tidak merasakan ia semakin murah atau kehidupan semakin baik.
Beberapa orang lagi, seperti Mohamad Kamarul Hafiz dan Tamilselvi Thaijarajah mendakwa harga yang dibayar untuk barangan dapur mereka semakin kurang selepas pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Data kerajaan menunjukkan Indeks Harga Pengguna (CPI), yang mengukur kadar inflasi, menurun sejak Januari hingga September tahun ini berbanding tempoh yang sama pada 2017, ketika pentadbiran Barisan Nasional.
Menteri yang bertanggungjawab terhadap barangan pengguna, Saifuddin Nasution, dalam ucapannya di Parimen mendakwa pada Ogos, daripada 417 barangan yang paling banyak digunakan, kebanyakan harganya menurun selepas GST dimansuhkan pada 1 Jun.
Bagaimanapun, pengguna seperti Noriah tidak merasakan perubahan harga sejak GST dimansuhkan.
“Barangan tidak menjadi murah, terutamanya makanan. Sebaliknya, saya merasakan keadaan semakin sukar dari tahun ke tahun,” kata Noriah, yang berniaga jagung bakar di Pulau Pinang.
Nursuhaila yang merupakan peniaga kedai runcit di Kuala Lumpur berkata, beliau juga tidak menyedari sebarang penurunan harga barang selepas GST dimansuhkan.
“Perbelanjaan saya tidak berubah selepas GST. Ketika ada GST, ikan srdin segar berharga RM8 hingga RM9 sekilogram. Sekarang harganya kira-kira RM10 sekilogram,” katanya yang berusia 36 tahun dan ibu kepada dua cahaya mata itu.
Lebih separuh daripada 10 pengguna yang ditemui The Malaysian Insight di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Sarawak menyatakan mereka masih membayar lebih untuk barangan keperluan harian.
Ini kerana, walaupun kerajaan PH memansuhkan GST, yang dikenakan ke atas hampir semua barangan kecuali 900 barangan yang dikecualikan di pasaran, yang kebanyakannya adalah barangan makanan segar.
Enam keluarga yang ditemui The Malaysian Insight merasakan harga ikan, sayur-sayuran dan sabun terus meningkat. Sedikit jumlah yang dijimatkan daripada bayaran GST terpaksa digunakan untuk menampung kenaikan harga ini.
Empat daripada mereka yang ditemuramah mengatakan bahawa kuasa perbelanjaan mereka meningkat sedikit dan mereka dapat menjimatkan lebih banyak wang pada akhir bulan ini, yang sepatutnya pergi ke GST.
Sebuah keluarga di Sarawak berkata, mereka langsung tidak merasakan sebarang perubahan harga dalam perbelanjaan bulanan mereka antara era GST dan selepas GST.
Kadar inflasi
Kerajaan PH memansuhkan GST dan memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikenakan ke atas pengilang, pengimport dan beberapa perhidmatan bermula pada September lalu.
Dalam ucapan di Parlimen pada 1 November, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali mendakwa CPI hanya 1.2% dari Januari hingga September tahun ini, berbanding 3.9% pada tempoh yang sama tahun lalu.
Angka terkini Jabatan Perangkaan mendedahkan bahawa harga barangan - yang diperoleh melalui CPI - meningkat 0.2% pada November tahun 2018 berbanding November 2017.
Pada November 2018, CPI adalah pada kadar 121 mata, manakala pada November 2017 ia adalah 120.8 mata. Kadar tu meningkat antara November 2017 (120.8) dan November 2016 (116.8) pada 3.4%.
CPI juga meningkat sebanyak 0.2% pada November tahun ini (120.8) dari Oktober (120.7).
Peningkatan CPI pada bulan November disebabkan oleh harga yang lebih tinggi untuk perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain (+2.0 peratus), pendidikan (+1.4 peratus), restoran & hotel (+1.2 peratus), makanan & minuman beralkohol (+1.1 peratus) dan minuman beralkohol & tembakau (+1.0 peratus), kata DOSM.
Dalam ucapannya di Parlimen, Saifuddin, yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata kadar CPI bagi bulan Januari hingga Mei ialah 2.7%, 1.4% (Februari), 1.3% (Mac), 1.4% (April) dan 1.8% (Mei).
Tiada lagi aduan
Mohamad Kamarul Hafiz, yang menetap di Kuala Lumpur, mendakwa beliau mampu menjimatkan kira-kira RM200 sebulan sejak GST dimansuhkan.
“Saya dapat menyimpan sedikit kerana tidak perlu membayar GST, tetapi harga barangan masih mahal,” kata pegawai pengurusan trafik berusia 26 tahun yang isi rumahnya kira-kira RM3,000 sebulan.
Beliau adalah antara empat daripada 10 orang yang memberitahu TMI bahawa mereka boleh merasakan perbezaan dalam perbelanjaan bulanan mereka untuk keperluan harian sejak PH mengambil alih pada bulan Mei.
Yang lain adalah pesara Shuhaimi Salleh dan rakannya Latif Man dari Kampung Hulu Gunung di Alor Setar, Kedah.
“Saya tidak lagi mendengar orang-orang di kampung yang mengadu. Sebelum ini, mereka sering mengeluh tentang berapa banyak mereka perlu membayar jumlah ini untuk GST apabila mereka tukar tayar kereta mereka misalnya. Tetapi kini tidak dengar lagi,” kata pesara berusia 60 tahun itu.
Di Subang Jaya, pegawai pentadbiran Tamilselvi Thaijarajah berkata perbelanjaan beliau juga telah kini menurun kerana tiada lagi GST.
“Syarikat saya dikenakan GST apabila kami membeli peralatan import. Tetapi bagi sebuah keluarga, harga barangan keperluan kini semakin murah kerana tiada cukai.”
Namun di Pulau Pinang, Yusni Ahmad berkata beliau masih tidak dapat berbelanja lebih untuk keperluan harian walaupun GST sudah tidak ada.
“Saya ada lima orang anak. Bajet RM50 sehari untuk membeli makanan di pasar tidak mencukupi. Jika kamu membeli 2 kilogram ikan, sudah separuh wang itu dibelanjakan,” kata penjual nasi lemak berusia 50 tahun itu.
Untuk gerai, saya juga berbelanja lebih untuk membeli ayam, ikan bilis dan telur. Harga sudah naik tahun ini.”
Seorang lagi yang tinggal di Pulau Pinang, Nina Ewe mendakwa beliau melihat harga beberapa barangan keperluan tetapi naik walaupun tanpa GST.
“Harga peluntur yang saya biasa beli di Tesco adalah bawah RM3 ketika ada GST. Kini harganya lebih RM3. Sabun juga semakin mahal. Empat buku sabun dijual pada harga RM2.90 hingga RM3.10 sebelum ini. Sekarang tugga buku saun berhagra RM3.95. Ada sesetengah tempat menjualnya lebih RM4,” kata pesara berusia 70 tahun itu.
“Memansuhkan GST dan gantikan dengan SST tidak menurunkan harga atau mengurangkan kos sara hidup.” – 1 Januari, 2019