Tiada kiraan semula undi Tasek Gelugor hari ini
Iklan
UNDI tidak akan dikira semula bagi keputusan PRU14 kerusi Tasek Gelugor di Mahkamah Pilihan Raya di Pulau Pinang hari ini.
Sebelum ini dilaporkan kiraan semula akan diadakan hari ini di kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang susulan keputusan mahkamah bulan lalu untuk membenarkan petisyen Timbalan Menteri Luar Marzuki Yahya untuk mencabar keputusan tahun lalu bagi kerusi Parlimen itu.
Marzuki yang juga setiausaha agung Bersatu dan pengerusi parti Pulau Pinang bertanding untuk kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada PRU14 tetapi tewas kepada penyandang Shabudin Yahaya daripada Barisan Nasional dengan hanya 81 undi majoriti, iaitu 0.001% daripada 51,904 undi.
Peguam Azlina Mehtab Mohd Ishaq yang mewakili Marzuki berkata media salah tafsir situasi itu dalam laporan terdahulu, berkenaan kiraan semula.
“Tidak ada kiraan semula hari ini. Tiada pengumuman tentang keputusan itu. Kami akan hanya mengkaji borang 14 dan kami akan menunggu arahan lanjut anak guam.
“Mahkamah sudah menetapkan 14 Januari untuk pengurusan kes. Pada hari itu kami akan memaklumkan kepada mahkamah tentang keputusan anak guam,” katanya kepada media. – 2 Januari, 2018.
Baca berita penuh di sini.