Iklan

Pulau Pinang mulakan rancangan bina rangkaian taman tepi pantai

Looi Sue-Chern6 years ago3rd Jan 2019Berita
Gobind singh penang green connector project 030119  full
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa Jagdeep Singh Deo (kanan) bersama Datuk Bandar Pulau Pinang Yew Tung Seang. – Gambar The Malaysian Insight, 3 Januari, 2019.
Iklan

PULAU Pinang sedang mengusahakan projek “Penang Green Connectors”, iaitu projek membina taman-taman tepi pantai bermula dari Tanjung Tokong di utara pulau ke Batu Maung di sebelah selatan.

Menerusi projek ini, Pulau Pinang akan mewujudkan satu siri taman linear di sepanjang sungai untuk mengubungkan laut dengan kawasan bukit.

Projek yang meliputi kawasan seluas 18,000 hektar itu merupakan sebahagian daripada Wawasan Pulau Pinang 2030 iaitu menjadikan negeri itu sebagai sebuah bandaraya paling hijau dan paling sesuai didiami di Asia.

Bagaimanapun, masih belum dapat ditentukan berapakah perbelanjaan bagi projek yang mengambil masa sepuluh tahun ini yang melibatkan kerjasama antara George Town Conservation and Development Corporation Sdn Bhd (GTCDC) dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa Jagdeep Singh Deo berkata projek tersebut adalah untuk rangkaian hijau yang akan meliputi sebuah taman pantai 50km dan sungai sepanjang 65 km.

Projek ini juga Jagdeep, akan membawa manfaat kepada ekonomi, sosial dan alam sekitar.

“Ia akan meningkatkan kemudahan rekreasi tepi pantai bagi penduduk Pulau Pinang, memperbaiki daya hidup untuk menarik minat bakat; kemahiran dan pelaburan; memberi manfaat alam sekitar seperti kewujudan koridor ekologi dan kesan penyejukan bagi mengurangkan perubahan iklim,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan memulakan beberapa projek perintis. – 3 Januari, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan