Iklan

Pemimpin Pakatan juga main isu kebimbangan hak Melayu, kata peguam

Looi Sue-Chern6 years ago5th Jan 2019Berita
Latheefa koya jan 5 2019
Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty itu berkata, malah pemimpin PKR sendiri turut memainkan isu kebimbangan dan rasa tidak terjamin orang Melayu, bukan hanya PAS dan pemimpinnya. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 5 Januari, 2019.
Iklan

AHLI politik Pakatan Harapan (PH) tidak ketinggalan menggunakan sentimen kebimbangan dan jaminan hak Melayu apabila ia bersesuaian dengan agenda politik mereka, kata Latheefa Koya memberitahu forum di Pulau Pinang malam tadi.

Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty itu berkata, malah pemimpin PKR sendiri turut memainkan isu kebimbangan dan jaminan hak Melayu, bukan hanya PAS dan pemimpinnya.

Bercakap berdasarkan pengalamannya sebagai aktivis PKR sejak 1998, Latheefa berkata isu mengenai cara memenangi sokongan pengundi Melayu dalam pilihan raya umum sentiasa menjadi agenda perbincangan parti.

Beliau berkata akan ada pemimpin parti yang menganggap diri mereka pakar bagi orang Melayu.

“Kami mempunyai orang yang mendakwa sebagai pakar berhubung sentimen dan komuniti Melayu. Bila-bila masa mereka suka, mereka akan membangkitkan isu kebimbangan orang Melayu.

“Ini bukan hanya dilakukan oleh PAS atau para pemimpinnya. Kepimpinan parti kami sendiri juga melakukan hal itu apabila ia berkesan untuk mereka. Apabila ia tidak berkesan, mereka akan mengatakan orang Melayu mesti lebih terbuka dan sebagainya.

“Ia bergantung kepada iklim politik dan ahli politik itu sendiri,” katanya dalam forum “Pasca-Transisi Melayu-Islam: Ke Mana Arah Mereka?” di Penang Institute malam tadi.

Penceramah pada forum itu, termasuk Editor ProjekMM, Fathi Aris Omar; Ketua Penyelidikan Felo Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim; dan Felo Kajian Politik Penang Institute, Dr Wong Chin Huat, membincangkan penemuan kajian Ilham Centre mengenai pandangan Melayu-Islam mengenai perkembangan politik pasca-PRU14. – 5 Januari, 2019.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan