Iklan

Sultan Muhammad V tarik perhatian dunia

The Malaysian Insight6 years ago7th Jan 2019Berita
Agong parliament tmikamal 12 170718
Peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong semalam menarik perhatian seantero dunia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Januari, 2019.
Iklan

BERUNDURNYA Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas hanya dua tahun bertakhta dianggap sebagai “pergolakan zaman moden” yang menarik perhatian pemerhati dalam dan luar negara, menurut laporan media asing.

Kenyataan daripada Istana Negara semalam menyatakan Sultan Muhammad V meletak jawatan menurut Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan tetapi tidak memberikan sebab tindakan itu.

Daripada Wall Stree Journal sehinggalah Japan Times, berita peletakan jawatan itu- yang pertama dalam sejarah 61 tahun raja berpelembagaan negara- mendapat liputan semua media utama dunia.

“Perkembangan dramatik- yang mana Istana tidak memberikan sebarang sebab rasmi- berkemungkinan besar mengejutkan rakyat yang patut kepada pemerintahan beraja negara dan tidak biasa dengan pergolakan zaman moden monarki,” tulis South China Morning Post.

Sydney Morning Herald pula menyifatkan berita itu sebagai “perunduran mengejutkan” kerana ia adalah yang pertama seorang Agong meletak jawatan sebelum tamat penggal lima tahun.

Banyak laporan mengaitkan perunduran itu dengan laporan pernikahan Sultan Muhammad V dengan seorang bekas ratu cantik Rusia beberapa bulan lepas dengan televisyen British, itv news, melaporkan yang Sultan “tanpa dijangka berundur selepas berkahwin dengan seorang bekas ratu cantik Rusia berumur 25 tahun”.

BBC pula dalam laporan bertajuk “Malaysia king: Sultan Muhammad V abdicates in historic first” berkata kejadian itu berlaku ketika “wujud spekulasi hangat tentang kehidupan peribadi (Sultan) Muhammad V susulan laporan menyatakan baginda berkahwin dengan seorang warga Rusia”.

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 2016.

Sultan lulusan Universiti Oxford itu dikhabarkan diminta berundur oleh Majlis Raja-Raja, susulan laporan baginda berkahwin. Istana Negara tidak mengesahkan atau menafikan perkahwinan tersebut.

Majlis Raja-Raja akan bersidang untuk memilih Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16. – 7 Januari, 2019.

Iklan
Iklan