Iklan

Tiada siapa suruh Wan Saiful tarik balik laporan polis

Looi Sue-Chern6 years ago8th Jan 2019Berita
Wan saiful ptptpn 101118 tmiseth 02
Wan Saiful Wan Jan digugurkan daripada jawatan setiausaha Bersatu Perlis oleh Pengerusi Bersatu negeri Amier Hassan Amier semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Januari, 2019.
Iklan

TIADA siapa meminta Wan Saiful Wan Jan untuk menarik balik laporan polisnya terhadap ahli parti yang menggunakan namanya dan memalsukan surat parti bagi mendapatkan bayaran daripada pihak ketiga, kata Pengerusi Bersatu Perlis Amier Hassan.

Wan Saiful yang digugurkan daripada jawatan setiausaha Bersatu negeri oleh Amier, mendedahkan tentang laporan polis yang difailkan bulan lepas dan mendakwa diminta menariknya balik beberapa jam selepas pengumuman Amier.

Wan Saiful tidak mendedahkan siapa mengarahkannya menarik balik laporan itu.

Amier berkata setakat pengetahuannya, tiada siapa mengarahkan Wan Saiful menarik balik laporan itu ketika parti mengadakan mesyuarat bulan lalu.

“Ada cubaan oleh orang ini yang menggunakan nama Wan Saiful dan memalsukan surat untuk mendapatkan bayaran daripada pihak ketiga.

“Wan Saiful buat laporan pada 15 Disember, jika saya tidak silap; dan kami mengadakan mesyuarat keesokan harinya.

“Kami tanya apa yang beliau hendak buat kerana itu laporannya. Wan Saiful berkata perkara itu patut diserahkan kepada polis. Jadi ia selesai begitu. Tidak ada sesiapa suruh beliau tarik semula laporan itu,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Amier berkata beliau tidak tahu kenapa Wan Saiful mengeluarkan kenyataan berkenaan laporan polis itu selepas pengumuman penggugurannya sebagai setiausaha parti negeri.

Amier berkata beliau ada alasan sendiri untuk menggugurkan Wan Saiful daripada jawatan itu tetapi tidak boleh mendedahkannya pada masa ini.

Katanya, beliau sudah memaklumkan Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya alasannya ketika mereka bertemu di Kuala Terengganu semalam.

Marzuki terdahulu berkata beliau akan menyiasat dakwaan Wan Saiful, menambah jika wujud masalah integriti di Bersatu Perlis, mungkin akan berlaku perubahan dalam kepimpinan negeri. – 8 Januari, 2019.

Baca berita penuh di sini.

Iklan
Iklan