Iklan

Parti berasaskan kaum tak selesai masalah masyarakat India, kata penganalisis

Looi Sue-Chern6 years ago10th Jan 2019Berita
Dr wong chin huat
Felo kajian politik Penang Institute, Dr Wong Chin Huat berkata pembentukan satu lagi parti berasaskan etnik India seperti MAP tidak menyelesaikan masalah yang membelenggu kaum itu.
Iklan

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy mungkin cuba untuk hidupkan semula gelombang Hindraf melalui Malaysian Advancement Party (MAP), tetapi parti baharu itu mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu masyarakat India.

Felo kajian politik Penang Institute, Dr Wong Chin Huat berkata Waytha Moorthy dikenali melalui perjuangan Hindraf berkenaan masalah masyarakat India tetapi satu lagi parti berasaskan etnik itu bukanlah jalan penyelesaian.

Ini kerana masalah yang dihadapi oleh menteri itu jauh lebih besar, kata Wong.

Objektif utama MAP seperti yang dijelaskan oleh Waytha Moorthy ialah melindungi, menggalak serta memajukan kepentingan politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan sosial masyarakat India.

Jelas Wong, ada dua aspek dalam masalah yang dihadapi kaum India - pertamanya ialah berkenaan isu identiti seperti agama, bahasa dan kuota etnik yang melibatkan semua kelas sosio-ekonomi.

Yang kedua ialah berkenaan isu sosio-ekonomi seperti masalah kemiskinan, gengster dan masalah sosial yang kebanyakannya mempengaruhi golongan kelas pekerja dalam masyarakat itu.

Jelasnya lagi, isu-isu yang melanda masyarakat India adalah sebahagian daripada isu besar yang menjejaskan semua komuniti. – 10 Januari, 2019.
 
Berita penuh di sini.      

Iklan
Iklan