Iklan

Makan, minum tidak langgar peraturan pilihan raya, kata Manogaran

Noel AchariamChristopher Rabin6 years ago15th Jan 2019Berita
Indian cameron 140119 tmiseth 06
Calon PH di PRK Cameron Highlands PH M. Manogaran berkata makanan dan minuman disediakan untuk sukarelawan PH tetapi bukan dalam bentuk jamuan besar-besaran. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 Januari, 2019.
Iklan

JENTERA pilihan raya Pakatan Harapan (PH) tidak melakukan sebarang kesalahan dalam menyediakan makanan dan minuman untuk sukarelawan ketika hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands kerana ia satu keperluan, kata calon PH M. Manogaran.

Beliau berkata sukarelawan disediakan dengan makanan dan minuman tetapi ia bukan dalam bentuk jamuan besar.

“Ketika hari penamaan, ketika sukarelawan kami diberikan makanan dan minuman, itu bukan sesi makan-makan, ia keperluan, jadi ia berbeza.

“Kami tidak melanggar sebarang peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” kata Manogaran kepada wartawan selepas menghadiri festival Ponggol di kuil Sri Subramaniyar di Tanah Rata hari ini.

SPR menasihati semua parti untuk mematuhi undang-undang pilihan raya dan etika ketika kempen PRK Cameron Highlands bermula.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata antara yang tidak boleh dilakukan ialah memberi hadiah, mengadakan kenduri, mencetuskan sensitiviti kaum; dan menggunakan jentera kerajaan, aset atau program. – 15 Januari, 2019.

Baca berita penuh di sini.

Iklan
Iklan