Pertimbang BRT sebelum laksana MRT, kata pakar
Iklan
BAS Rapid Transit (BRT) adalah langkah pertama bagi memperkenalkan sistem transit massa (MRT) kepada sebuah bandar, yang boleh dipertimbang untuk dilaksanakan oleh kerajaan Pulau Pinang, kata pakar pengangkutan awam semasa ceramah awam di Pulau Pinang malam ini.
Yoga Adiwinarto, pengarah Institut Dasar Pengangkutan dan Pembangunan (ITDP) Indonesia, berkata BRT boleh menjadi satu cara untuk menjadikan MRT lebih maju.
BRT juga dikenali sebagai laluan bas (busway). Ia adalah sistem pengangkutan awam berasaskan bas yang direka untuk kebolehpercayaan dan kapasiti sistem bas tradisional.
Rancangan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) juga memasukkan cadangan untuk memperkenalkan sistem sedemikian.
Yoga berkata BRT adalah pengangkutan awam yang menarik dan cekap, boleh meningkatkan kecepatan pengangkutan, dan meliputi kawasan lebih luas berbanding transit berasaskan rel, dan pemangkin aspek bandar lain seperti berjalan kaki, berbasikal dan pembangunan bandar.
“Anda juga tidak memerlukan banyak pelaburan untuk melaksanakan BRT. Ia lebih mudah untuk dilaksanakan dengan segera,” katanya pada ceramah “Keperluan Mobiliti yang Mampan dan Saksama di Bandar” yang dianjurkan oleh Think City.
Yoga membandingkan sistem BRT di Jakarta MRT akan datang, yang dijangka siap pada Mac.
BRT bernilai AS$1.1 bilion diperkenalkan di Jakarta pada 2004 kerana ia mampu dibina dengan cepat iaitu dalam tempoh 12 bulan, dan hanya memerlukan dana pihak berkuasa tempatan, katanya.
Katanya, Jakarta mampu merealisasikan sistem BRT tanpa perlu mengambil pinjaman asing, bahkan ketika ketika berdepan kekangan kewangan akibat krisis ekonomi tahun lalu.
BRT merangkumi laluan sejauh 225km dan membawa 700,000 penumpang. – 16 Januari, 2019.
Berita penuh di sini