Iklan

Pelantikan sebagai pengerusi Perda tiada unsur politik, kata Haniff

Looi Sue-Chern6 years ago17th Jan 2019Berita
Haniff haliza
Pengerusi Perda yang baharu Haniff Khatri Abdulla bersama wakil Haliza Food Industries Nor Haliza Hussain. Haniff berkata pelantikannya itu tidak berunsurkan politik. – Gambar The Malaysian Insight, 17 Januari, 2019.
Iklan

PEGUAM Haniff Khatri Abdulla menolak dakwaan bahawa pelantikannya sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) tidak ada kaitan dengan politik.

Katanya, beliau bukan ahli mana-mana ahli politik, tetapi mengakui bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, partinya bersatu dan parti lain.

“Saya tidak pegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti. Saya penasihat undang-undang kepada perdana menteri sekarang dan ketika beliau bukan perdana menteri.

“Saya penasihat undang-undang Bersatu dan beberapa peminat dalam parti itu. Tetapi saya bukan ahli mana-mana parti Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Peguam yang membesar dan bersekolah di Pulau Pinang itu dilantik sebagai pengerusi Perda pada 5 Januari, berkata pelantikannya seiring dengan tugas untuk membersihkan agensi itu.

Pengerusi baharu itu yang mengambil jawatan yang sebelum ini dipegang ahli politik Umno dan wakil rakyat, berkata salah satu tugasnya ialah menyelesaikan sebarang isu perundangan atau masalah berkaitan pengurusan rejim terdahulu.

Haniff berkata sejak menjawat jawatan itu, beberapa unit tertentu dibentuk dan diberi tanggungjawab menyelesaikan isu itu.

“Kami sudah siapkan 75% kajian berkenaan isu ini. Menjelang hujung bulan ini, akan ada tindakan tertentu diambil oleh Perda,” katanya kepada wartawan selepas melawat syarikat makanan tempatan Haliza Food Industries di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Haniff ditanya tentang pembangunan terbaru berkaitan laporan 2016 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penjualan tanah di Nibong Tebal di bawah harga pasaran oleh Perda.

Pengerusi Perda pada masa itu ialah Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya, yang baru-baru ini keluar Umno dan Barisan Nasional. – 17 Januari, 2019.

Baca berita penuh di sini.

Iklan
Iklan