Iklan

Perlembagaan bercanggah dengan undang-undang pribumi Sabah, kata pakar

Jason Santos6 years ago22nd Jan 2019Berita
Legal year sabah irwan 11
Kumpulan pribumi Sabah tidak dinyatakan dalam Perlembagaan, tidak seperti pribumi Sarawak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Januari, 2019.
Iklan

KEPINCANGAN dalam Perlembagaan Persekutuan yang bercanggah dengan Ordinan 1958 Tafsiran Sabah (Definisi Pribumi) membolehkan warga asing mendapat “status pribumi”, kata pakar perlembagaan.

Profesor Shad Saleem Faruqi berkata syarat pertama untuk dianggap pribumi adalah mendapatkan kewarganegaraan Malaysia kerana tidak ada definisi kumpulan etnik pribumi Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, tidak seperti Sarawak yang dengan jelas menetapkan 28 kaum pribumi negeri itu, rujukan kepada pribumi Sabah hanya wujud dalam dokumen berasingan iaitu Ordinan 1958 Tafsiran Sabah (Definisi Pribumi)

“Di bawah undang-undang persekutuan, anda tak boleh jadi pribumi Sabah kecuali anda warganegara. Kewarganegaraan adalah syarat pertama.

“Tetapi dalam Ordinan Sabah, tidak ada disebut tentang kewarganegaraan dan kerana itu, undang-undang tersebut bercanggah. Dan perkara ini tidak dibincangkan undang-undang,” katanya.

Pribumi Sabah ditafsirkan sebagai “seseorang yang merupakan warganegara, anak atau cucu kepada orang kaum pribumi di Sabah, dan lahir (sama ada pada atau selepas Hari Malaysia atau bukan) sama ada di Sabah atau kepada ayah yang menetap di Sabah pada ketika dilahirkan”.

Shad berkata di bawah undang-undang Sabah, hanya terdapat lima kumpulan etnik yang disebut, tidak seperti undang-undang Sarawak.

Sarawak menyenarikan dengan jelas kumpulan pribuminya, Bukitan, Bisayah, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah (termasuk Sabup and Sipeng), Kajang (termasuk Sekapan, Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong and Kanowit), Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit. – 22 Januari, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan