Iklan

Pemandu Vios kemalangan Jambatan Pulau Pinang dalam tahanan polis

Looi Sue-Chern6 years ago23rd Jan 2019Berita
Penang bridge suv crash jan 22 2019
Kemalangan maut itu mengejutkan banyak pihak, semalam SUV dan mayat pemandu berjaya dikeluarkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Januari, 2019.
Iklan

PEMANDU kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan maut di Jambatan Pulau Pinang sudah menyerah diri kepada polis untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata pemuda tersebut menyerah diri pada jam 2 pagi semalam.

Pemuda berusia 21 tahun yang bekerja sebagai penggaya rambut berasal dari Prai itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Bandar Perda untuk membantu siasatan dan kemudian ditahan, katanya.

“Dia menyerah diri kepada polis ditemani ahli keluarga. Dia sekarang dalam lokap untuk siasatan,” kata kenyataan itu.

Kes itu sedang disiasat di bawah Sekseyn 41 Akta Pengangkutan Jalan kerana menyebabkan kematian kerana memandu secara cuai atau merbahaya.

Dilaporkan sebelum ini yang pemuda tersebut juga diuji positif ganja selepas kemalangan dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru.

Pada awal pagi Ahad lalu, kereta Toyota Vios dipandu pemuda itu melanggar sisi SUV Mazda CX5.

Hentakan itu menyebabkan SUV itu hilang kawalan dan tercampak dari Jambatan Pulau Pinang.

SUV dan mayat pemandunya, Moey Yun Peng, 20, seorang pelajar kolej dikeluarkan dari laut petang semalam.

Moey dan pemuda yang ditahan untuk siasatan adalah rakan sekolah yang pergi ke George Town untuk menghadiri sambutan majlis hari lahir rakan mereka sebelum kemalangan itu berlaku. – 23 Januari, 2019.

Iklan
Iklan