Iklan

Keluarga mangsa kemalangan Jambatan Pulau Pinang rayu henti spekulasi

Looi Sue-Chern6 years ago23rd Jan 2019Berita
Suv boy penang brideg2-tmi
Persiapan keluarga mendiang Moey Yun Peng untuk upacara penghormatan terakhir di Pulau Pinang. Keluarganya meminta pengguna media sosial menghentikan spekulasi mengenai kejadian tersebut. – Gambar The Malaysian Insight, 23 Januari, 2019.
Iklan

KELUARGA mendiang Moey Yun Peng, pelajar yang maut selepas kenderaan yang dipandunya terjunam ke dalam laut akibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, meminta pengguna media sosial menghentikan spekulasi mengenai kejadian tersebut.

Seorang saudara mendiang yang enggan dikenali berkata keluarga mereka berharap Moey, 20, akan diingati kerana perkara yang baik.

“Sebenarnya saya tak tahu nak cakap apa. Kemalangan pun sudah berlaku. Keluarga kami mahukan ketenangan.

“Tolonglah, berhenti kata mereka pandu laju, kita tak tahu betul atau tidak. Polis sendiri pun tak kata mereka pandu laju,” beliau memberitahu pemberita ketika ditemui di rumah keluarga Moey, di Butterworth pagi tadi.

Mazda CX 5 yang dipandu Moey hilang kawalan selepas dilanggar oleh sebuah Toyota Vios, yang dipandu oleh rakan sekolahnya, seorang pendandan rambut di Perai.

Mereka berdua dalam perjalanan pulang dari majlis hari jadi rakan mereka di George Town.

Kejadian kemalangan itu dirakam kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta lain, yang kemudiannya tular di media sosial. Rata-rata pengguna media sosial berkata kedua-dua kereta dipandu dengan laju.

Keluarga mangsa berkata mereka akan menunggu hasil siasatan dan akan mengambil tindakan seterusnya. – 23 Januari, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan