Iklan

Sabah akan jalankan pemeriksaan terhadap semua akaun GLC negeri

Jason Santos6 years ago27th Jan 2019Berita
Parliament shafie apdal 181018 tmiseth 19
Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya akan menjalankan forensik perakaunan ke atas GLC bagi mencari di mana kesilapan tadbir urus kewangan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Januari, 2019
Iklan

KERAJAAN Sabah akan menjalankan pemeriksaan forensik terhadap semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk melihat sejauh mana salah urus kewangan dilakukan oleh pentadbiran sebelum ini.

Ketua Menterinya Mohd Shafie Apdal berkata, keputusan ini dibuat selepas dana sebanyak RM720 juta diberikan kepada Benta Wawasan, yang merupakan anak syarikat Yayasan Sabah, lenyap.

Pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini memberi Benta Wawasan dana sebanyak RM750 juta tetapi hanya RM30 juta yang tinggal dalam akaun syarikat berkenaan apabila kerajaan negeri diambil alih Warisan Mei lalu.

“Bagi kerajaan, ini bukan hanya satu GLC, tetapi semua GLC. Kita perlu pastikan yang kita mahu ketelusan.

“Kita akan menjalankan forensik perakaunan bagi memastikan kedudukan kewangan yang baik bagi GLC.

“Kita tidak mahu sorokkan perkara ini. Orang sembunyikan sesuatu, dan rakyat Sabah tidak tahu apa yang silap,” katanya selepas menghadiri datu program di Kota Kinabalu hari ini.

Terdahulu, Shafie melancarkan jersi baharu pasukan bola sepak Sabah dan mengumumkan senarai pemainnya.

Syarikat GLC ini ditubuhkan untuk tujuan tertentu, bukan hanya menjana pendapatan untuk kerajaan negeri, tetapi turut mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dan menjalankan tanggungjawab sosial kepada rakyat Sabah, kata ketua menteri.

Shafie berkata, bukan Benta Wawasan sahaja GLC yang bermasalah di Sabah, dan mengatakan terdapat juga masalah dalam Yayasan Sabah, Warisan Harta dan Sabah International Petroleum (SIP).

Sebagai contoh, katanya, SIP meminjam RM 1 bilion dan syarikat itu bermasalah untuk membayar balik.

Shafie juga menyatakan GLC lain yang pernah memiliki banyak aset kini “tidak tahu di mana ianya hilang”.

“Sekarang, apa yang pening kita perlu cari apa masalahnya, dan GLC kena perbetulkan. Mereka perlu perbetulkan.

“Kerajaan negeri Sabah perlu memastikan perubahan dijalankan agar ia dapat menjana pendapatan kepada kita, katanya. – 27 Januari, 2019

Iklan
Iklan